Skip to main content

Fuhh..kan dah kena !



In The Name Of Allah..
Doaku moga teman-teman dilimpahi ketenangan & Cahaya Rabb :)

Eh, sebelum tu dah baca Al-Kahf? Belum, ok spent masa jap 20 minit untuk baca + tadabbur ^^v


Hari tu semasa BerpetakGuMbira terasa seperti terhentak-hentak dada ni, bila seorang sahabat katakan,

KAU TAK TAHU MASALAH UMMAH!!

Blurr ...??


Allahuakhbar, yup saya akui kebarangkalian saya ada culas tentang hal ini,kebarangkalian saya tertinggal atau meninggalkan isu ini dan...... Saya tak salahkan sahabat saya, dia memang ada HAK untuk mengatakan sebegitu dan saya cuba menilai balik sejauh mana diri ini dalam gerak kerjaIslam..*hoho..sudahkah aku?*

Saya cuba bertanya, why she said like that? I just wondering to know... 

Ni, jawapannya..

Disebabkan saya ni selalu terkedepan sikit saja (kedepan bukannya apa pun,just sharing-sharing isu Lynas,isu mahasiswa kini,hasut deme pi #KL112..he3)*astaghfirullah..jauhkanlah aku dari Riya'..* sampaikan selalu ter'miss' masalah persekitaran..dia menghasut saya agar tinggalkan perkara keterdepan tu dan cuba bawa dakwah di kolej..hahakkk..

Mungkin, ada benarnya juga..

Seorang aktivis apatah lagi pendukung  mesti cakna akan kedua-dua perkara , tak kisahlah samada dakwah dan tarbiah persekitaran mahupun diri apatah lagi hal-hal Siasah. Perlu diedjustkan sikit hal-hal Siasah @ bahasa mudahnya isu Politik ini pun satu dakwah juga! Betul tak?


Yup, masalah yang dihadapi sahabat-sahabat di kolej,

"Tak nak la turun musalla, ramai lelaki..."


"Nanti orang cakap apa pula bila kita solat kat surau..dah la jauh."

ahak..Tu baru isu surau, belum lagi isu aurat,couple..hok ni tok soh nak ngoyak?*^#%


Apa yang penting, tak kisahlah anda ni pelajar, tukang sapu,pensyarah,polis,peniaga,APG,artis,pelukis apa pun anda sumbang sarankanlah harta,jiwa,tenaga empat tiga kerat yang anda anda untuk Islam terchenta ini.Tak kisah apa jua bidang anda,tempat anda,rupa anda,sikap anda just show Islam is very nice, Osem, terbaikkk and ask the people to do amar makruf nahi mungkar! Mudahkan. Tapi tak ramai yang mampu buat. Saya doakan salah seorangnya adalah anda dan saya.

Mungkin dengan usaha kiter yang sedikit tu mampu memberikan pahala yang berbukit-bukit di alam sana nanti.Wallahualam.Tapi kita usahakan.

Sumber : IncHeGabbana


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 
9:11

Ini offer murah dari Allah, nak tak nak terserah..ni baru jualan murah,durian runtuh bukan amik kat Sogo,Mydin ea..offer ni dalam surat Chenta Allah untuk hambanya.

Jom Buat pahala yang banyak-banyak!

_____________________________________________________

Comments

  1. insyaAllah kita semua adalah pendakwah. Paling tidak pun, buat apa yang dekat dengan kita dulu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hujan Sebelum Pelangi

. . Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Pernahkah sekali kita memahami alam. " Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "   " Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? " Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam...

انا رمى من رماية الأسلام..." فارمى أين ما شئت"!!!

  “Pemuda ialah sebuah tenga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”    -Fathi Yakan.-                                               Dr Abdullah Azam mengatakan bahawasanya : Setiap muslim adalah singa.  singa akan melahirkan anak singa. tapi sistem jahiliyah telah melatih anak2 singa menjadi kijang yg pengecut.    Apa yang kita dapat memahami dari kata-kata Dr.Abdullah Azam ini..  Sistem jahiliyah yang bagaimana yang menjadikan anak-anak singa ini  menjadi seekor kijang yang pengecut??   Tetapi pe...

Ketika Aku Mati

Ketika aku mati Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini Jangan kau titiskan airmata Jangan kau mengeluh atau menyesal Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku Aku bukannya pergi Aku baru tiba menemui cinta yang abadi Ketika kau tinggalkan aku di kubur Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi syurga di sebaliknya Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad Sekarang saksikanlah aku bangkit Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma Ketahuilah... Ketika kuburan mendakap dirimu Saat itu jiwamu benar-benar bebas Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi, tidak menumbuhkan kehidupan baru? Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan manusia? Apa...