Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Hati , Kamu Sudah Bercinta Dengannya ?

Hati mempunyai keistimewaan yang boleh menjadikan seseorang itu semakin mulia dan layak berdekatan dengan Allah s.w.t .Memeliharanya merupakan amanah Allah. Oleh itu setiap individu hendaklah menginsafi bahawa pengisian hatinya mestilah lebih diutamakan .Kita wajib memerhati, mengambil berat dan mengikuti perkembangan hati agar berkesempatan meneliti keras lembutnya dan kepadatan darjah kepekaannya. Hati yang keras tidak mampu merenung sejenak, kenapa peristiwa hujan ribut sering berlaku, pokok-pokok besar yang teguh dan tidak berdosa turut patah, tumbang dan tercabut akar umbinya. Serta yang mati menyatakan itu memang lumrah dan bencana alam serta tabi’e sedangkan semua sudah diberikan peringatan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya di dalam Al-Quran.  Kalam Imam Ghazali sering mengingatkan kita bagaimana hendak mengenali hati , “Carilah hatimu di tiga tempat . Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran . Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu keti

Rahsia Al-Fatih takluki Konstantinople.

Semoga ALLAH meredhai setiap jiwa-jiwa yang sedang berusaha mengajak manusia lain kearah kebaikan! Adakah anda pernah mendengar nama  Sultan Muhammad al Fatih ? Ya... Tidak..? Konstantinople ? Tidak.. Anda tahu apa itu konstantinople?Siapa Sultan Muhammad al Fatih? Kalau yang dah tahu,anggaplah kita sedang meng'refresh' balik sejarah. Yang tak tahu,jom kita teroka. Ops, tunggu sebentar! Pesan saya : Buta sejarah,OK lagi,tapi JANGAN Buta Sirah Islam! Ok,sekarang betulkan posisi anda,lapangkan minda,rehatkan dada dan jangan lupa bukalah laluan  kedalam hati anda.  Ayuh ! Konstantinople   kedudukannya Kota milik empayar Byzantine merupakan sebuah kota yang memiliki pertahanan yang amat menakjubkan .  ni sekadar gambaran, yang sungguh masyaALLAH..ALLAHUA'LAM ! Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bhosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh, antaranya seperti:

Hikmah : Tidakkah kamu mengerti?

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?"  [6:32]

Mencari Sinar

Semoga ALLAH redha .. Kali ini,datang satu perasaan,yang saya pun kurang mengerti.. Hanya mampu ku doakan beri yang terbaik untuk sahabat-sahabat dan diriku sendiri.. Terasa sakit bila melukai orang yang kita sayang.. Tapi benarlah keegoan itu melampui segala-galanya.. keputusan yang tepat saat keputusan itu diambil Benarkah keputusan ini.. Andai ini dibuat melalui emosi,maka sia-sia sahaja.. Ya ALLAH, sinarkanlah cahaya kebenaranMU atas setiap pilihan dan usahaku.. Saya perlu mencari jawapan.. Sahabat, berikan aku masa.. Berikan aku masa mengapa aku berada disini Berikan aku masa.. Jangan memaksa! Andai apa yang aku pilih jalan bukan jalan selari dengan kalian.. Ini yang terbaik.. Tinggalkan aku..itu yang terbaik.. ti feel sad but i dont no WHY? La Tahzan..       Kesepian yang melanda,tiada apa-apa lakaran yang mewarnai hidup ini.. TIME : MUHASABAH KOREKSI DIRI

Hikmah : Tahun Baru

Salam Tahun Baru... Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11) Sabda Rasulullah SAW: "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia"   (   Muslim dan Tarmidzi)

Hikmah : Cintailah Aku..

" Cintailah aku...Cintailah aku.." Pasti dalam setiap jiwa mahu mencintai dan dicintai.. Berkasih sayang.. Betul kan? Tapi sahabat-sahabat dalam mencari cinta itu kita perlu Cinta ALLAH.. untuk hidup..tanpaNYA jiwa kita pasti mati! Tapi bagaimana sahabat? Kita nak ada yang mencintai kita..tapi pernahkah kita bergerak untuk sebarkan cinta itu? Pernahkah kita memulakan untuk mencintai? Tinta untuk AWAK : Jangan sempitkan pemikiran  dengan makna "Cinta Manusia" Cinta ALLAH pada kita.. Nabi pesan apa pada umatnya.... Apakah itu Cinta?

Hikmah : Yakin padaNYA

 Sabda Rasulullah SAW: Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka  berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan  orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur.  Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar.  Maka jadilah musibah itu baik untuknya.  Hadith riwayat Muslim.

Hati , Arang , Quran

Assalamualaikum w.b.t... Semoga ALLAH redha dan permudahkan jalan menujuNYA.. Sudah lama tak dengar cerita dari seberang...^^v Sejak dari program Baksis ..makin bertimbun-timbun pula programnya.. untuk entry kali ini pun saya tak sempat hendak menulis.. hanya mampu berkongsi cerita-cerita yang menarik di FB...kasarnya "copy paste".. ''HATI YANG TIDAK TERISI BAGAIMANA HENDAK MENGISI'' ************** Kisah bermula.... (Perbualan si Atuk bersama dengan cucunya) Cucu :  Atuk, saya nak tanya atuk satu perkara boleh..? Atuk :  Tak da masalah cu,tanya ja.. tak payah bayar... Cucu :  Hmmm....saya tengok ramai orang yang baca Al-Quran,  tapi bila saya menyoal, diaorang langsung tak faham apa maksud ayat-ayat Al-Quran yang diaorang baca. Kenapa diaorang masih dok baca Al-Quran sedangkan tak faham maksudnya....?  Pelik saya Atuk.... Atuk :  ( Menghela nafas dengan lembut sambil tersenyum)...  Cu, sebelum atuk jawab soalan tu,Cu boleh tolong atuk satu perkara

In The name of Allah....

In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful Moga –moga keredhaan ALLAH bersama kita.. Malang yang menimpa..duka yang melara.. Pasti ada hikmah kerana ujian itu lumrah dunia sahabat! bila kata-kata berbicara... Teringat ketika saya mendapat satu sms ‘kata-kata’ dari seorang ukhti..erm,lama juga tak berc0ntact dengan ‘dia’..kebetulan,jiwa ni butukan ‘sesuatu’ untuk diisi.. Alhamdulillah … “Ukhti,aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu,jika kau hilangkan agama yang ada dalam diri,maka hilanglah cintaku padamu”- imam nawawi What’s ur opinion??? Ma ra’yukum ? Hmm.. Diri ini bukan tidak menghargai sahabat-sahabat sekeliling..malah mengsyukuri nikmat ini.. tapi kadang-kadang sedarkah kita sahabat.. jika seorang sahabat kita ‘hilang agamanya’,jatuh,tersilap langkah,tersungkur..       adakah kita akan meninggalkannya? Dan adakah ‘kamu’ akan meninggalkan saya andai satu hari nanti saya bukan saya yang sekarang? Malah nun jauh disana di dalam kegelapan.. ‘kam