Skip to main content

Posts

Showing posts from April 29, 2012

Lihat kepada Teratai..

Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan untuk menulis di blog agar tidak menjadi sesawang yang bersawang.. Moga ALLAH berkati usaha setiap hambaNYA yang menuju jalan lurusNYA.. InsyaALLAH..andai ada masa saya akan ceritakan pemusafiran sepanjang cuti ni.. Hidup bermusafir memang indah..=) Sampai di blog pun still lagi bermusafir.. Tak salah rasanya saya kongsikan apa yang ada dengan bunga teratai kan  adik Intan Nadzirah  ? Apa yang menarik sangat tentang bunga teratai ni? Bunga teratai bukan terletak di jambangan,bukan terletak di dahan pokok,bukan juga terletak di hujung pucuk daun.tapi bunga teratai hidupnya dalam air. Susah & payah..Sesiapa yang mahu dapatkan biji benihnya perlu meranduk air untuk mendapatkannya. Siapa yang ingin melihat kecatikannya perlu mencari paya,danau,tasik,dan kolam kerana pohon teratai tidak ada di mana-mana di dataran.hanya ada dalam tempat yang penuh berselut dan berlanyau. Bunga teratai ibarat seorang mujahidah yang dididik denga