Skip to main content

Posts

Showing posts from March 4, 2012

Pujuklah Hati Itu ..

Dimana Kunci nak pujuk Hati ini? Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini.     Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya.   Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran.   Kita inginkan keindahan, tetapi Allah kurniakan kebenaran.   Bukankah kesabaran dan kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan kesenangan?  ~Us.Pahrol Juoi~  p/s : nak pujuk hati tu mungkin senang , tapi usaha nak memujuk tu yang agak susah , mencari m00d memujuk, di mana ia?

Fatwa Pandangan Jihad Di Syria

Ketua Kesatuan Ulamak Islam SeDunia, Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan pandangan jihad wajib ke atas setiap rakyat Syria. Beliau juga mengeluarkan fatwanya seperti berikut: 1) Jihad kewajipan setiap rakyat Syria dan tidak menjadi syarat perlu memperoleh persetujuan dari ayah dan ibu. Menjadi kewajipan umat bagi membantu mereka dengan harta dan senjata. 2) Setiap tali barut (Syabih) atau perisik atau pembantunya hukumannya adalah zalim dan perlu dibunuh. 3) Setiap tentera yang diperintah membunuh rakyat perlu berpaling tadah walau apa jua akibatnya. 4) Setiap mereka yang terkorban sama ada dibunuh, berpaling tadah dari rejim, menyertai demonstrasi atau mengiringi jenazah maka matinya adalah mati syahid dengan izin Allah. 5) Kewajipan bagi pekerja dan pegawai kerajaan agar membantu revolusi dengan maklumat. 6) Di sana, terdapat golongan Syiah 'Alawi yang dizalimi maka tidak boleh melayannya sebagai pembunuh.  7) Pasukan tentera atau keamanan y

Perkongsian Revolusi Syria oleh Dr Khaled Hasan Hindawi

Bismillahirrahmanirrahim... Saya kira isu ini memang isu yang wajib kita umat islam CAKNA akannya.. Saya sendiri kesal dengan diri ini , sikap acuh tak acuh akan sesuatu isu masih lagi melingkari diri ini.. Ini adalah catitan dari laman blog  Ust Mohd Fikri  yang   sempat hadir ke majlis perkongsian tentang Revolusi Syria yang disampaikan oleh asy-Syeikh Dr Khaled Hasan Hindawi pada 6/12/2011 di Dewan Banquet, UPM. ************** Shaykh Khalid Hassan al-Hindawi. - Beliau adalah pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi. -Beliau diutuskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk memberitahu berita dan hal sebenar tentang apa yang berlaku di Syria. -Shaykh Khalid telah melawat Indonesia dahulu dan kemudian melawat Malaysia. Semoga Allah merahmati Shaykh yang memberi perkongsian yang baik dan bermanfaat kepada kami , memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar tentang apa yang berlaku di Syria. Mukaddimah, Shaykh memberitahu bahawa beliau baru sahaja melawat Ind