Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Qiadi ^^

Put Yourself In Other

Bismillahirrahmanirrahim... Moga Allah redha setiap langkah kita..insyaALLAH! Maksud firman Allah SWT : " Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..."           (al-Hujurat : 12) Imam Fakhruddin ar-Razi menghuraikan pula dalam Tafsir ar-Razi apa yang disebut dengan sangkaan berdasarkan ayat di atas dengan berkata : " Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh-sungguh memastikan kebenarannya) dan penyelidikan yang dalam " Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah dan rahmat serta izinNya bumi beredar, mentari bersinar, bintang begermelapan, bulan bercahaya, dan manusia meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, dengan nurnya alam diterangi, manusia disuluh kebenaran. Jom kita teliti sebuah kisah ang mana Seorang lelaki dari New York diajak untu...

Fatwa Pandangan Jihad Di Syria

Ketua Kesatuan Ulamak Islam SeDunia, Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan pandangan jihad wajib ke atas setiap rakyat Syria. Beliau juga mengeluarkan fatwanya seperti berikut: 1) Jihad kewajipan setiap rakyat Syria dan tidak menjadi syarat perlu memperoleh persetujuan dari ayah dan ibu. Menjadi kewajipan umat bagi membantu mereka dengan harta dan senjata. 2) Setiap tali barut (Syabih) atau perisik atau pembantunya hukumannya adalah zalim dan perlu dibunuh. 3) Setiap tentera yang diperintah membunuh rakyat perlu berpaling tadah walau apa jua akibatnya. 4) Setiap mereka yang terkorban sama ada dibunuh, berpaling tadah dari rejim, menyertai demonstrasi atau mengiringi jenazah maka matinya adalah mati syahid dengan izin Allah. 5) Kewajipan bagi pekerja dan pegawai kerajaan agar membantu revolusi dengan maklumat. 6) Di sana, terdapat golongan Syiah 'Alawi yang dizalimi maka tidak boleh melayannya sebagai pembunuh.  7) Pasukan tentera atau keamanan y...

Perkongsian Revolusi Syria oleh Dr Khaled Hasan Hindawi

Bismillahirrahmanirrahim... Saya kira isu ini memang isu yang wajib kita umat islam CAKNA akannya.. Saya sendiri kesal dengan diri ini , sikap acuh tak acuh akan sesuatu isu masih lagi melingkari diri ini.. Ini adalah catitan dari laman blog  Ust Mohd Fikri  yang   sempat hadir ke majlis perkongsian tentang Revolusi Syria yang disampaikan oleh asy-Syeikh Dr Khaled Hasan Hindawi pada 6/12/2011 di Dewan Banquet, UPM. ************** Shaykh Khalid Hassan al-Hindawi. - Beliau adalah pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi. -Beliau diutuskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk memberitahu berita dan hal sebenar tentang apa yang berlaku di Syria. -Shaykh Khalid telah melawat Indonesia dahulu dan kemudian melawat Malaysia. Semoga Allah merahmati Shaykh yang memberi perkongsian yang baik dan bermanfaat kepada kami , memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar tentang apa yang berlaku di Syria. Mukaddimah, Shaykh memberitahu bahawa beliau baru...