Skip to main content

Posts

Showing posts from June 17, 2012

Kerana Sebuah Tarbiyyah..

Dengan asma Tuhan Yang Husna Izinkan aku berbicara Segala puji hanya untuk Nya Tuhan buat sekalian alam Dan selawat ke atas Muhammad,sollallahu alaihi wasallam Bukan aku mahu mengadu.. aku mengharap engkau faham mengapa aku menulis.. Terkadang, mereka bertanya kepadaku, Apa gunanya tarbiyyah ini? Apa baiknya jalan da’wah ini? Apa mereka tak bisa melihat semua itu? Kerana sebuah tabiyyah, Aku merelakan segala sakit-sakit Baik di tubuh ,jasad,hati walau segala rintangan mendatang aku beranikan diri untuk menghadapi Kerana sebuah tarbiyyah, Aku menanggung malu,amarah,sedih dan segala apa yang tak mungkin pernah aku rasakan Seandainya aku tidak di atas jalan ini Kerana sebuah tarbiyyah, Duniaku bukanlah milikku lagi Hatiku bukanlah milikku lagi Aku tukarkan segalanya Aku serahkan segalanya Untuk mereka… Segalanya itu tiada ertinya lagi Bukan untukku Melainkan untuk mereka semua Kerana sebuah tarbiyyah