Skip to main content

Posts

Showing posts from January 30, 2011

Apa Khabar Hati?

Ya Allah, Sering hamba menyatakan cinta pada-Mu,Tapi masih ada makhluk pada hatiku,Sering aku merindui kekasihmu,Namun tetap ada makhluk menggaburi mata hatiku, Ya Allah, Sering ingin hamba patuh pada perintahmu,Tapi diri ini tetap lalai pada perintah-Mu,Iman cuba meyakini pada Engkau,Tapi makhluk menceroboh imanku, Ya Allah, Siapakah hamba ini dipandangan-Mu?Noda semakin menebal dalam Qalbu,Taqwa semakin menipis dalam diri,Makhluk jua yang bermukim dalam hati, Ya Allah, Adakah hamba dapat melihat wajahmu yang Abadi?Sedang kemungkaran penuh dalam diri,Apakah dapat bertemu kekasih-Mu dengan mengenalinya?Sedang sunah dan pesannya tiada teguh untuk mengikutinya,       Ya Allah, Hamba rindu pada kasih-mu,Tiada Tuhan selain Engkau,Cinta-Mu yang abadi,Buangkanlah cinta makhluk dalam diri ini,Siksanya hatiku apabila makhluk melebihi ENGKAU,Sakit menyapa apabila makhluk bermukim dalam diri,Mereka mengisi hatiku dengan kelalaian,Hamba takut mati dalam keadaan ya

Rahsia Rukun-Rukun Solat

  RAHSIA RUKUN-RUKUN SOLAT 1. NIAT SEMBAHYANG -Memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. BERDIRI DENGAN BETUL -Ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. TAKBIRATUL IHRAM -Sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. MEMBACA AL-FATIHAH -Sebagai pakaian indah ? indah di dalam kubur. 5. RUQU? -Sebagai tikar di dalam kubur. 6. I?TIDAL -Memberi minuman air dari telaga Al?Kautsar ketika di dalam kubur. 7. SUJUD -Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL?MUSTAQIM 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD -Akan menaung panji ? panji nabi kita didalam kubur 9. DUDUK ANTARA DUA SUJUD (AKHIR) -Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10. TAKHIYAT AKHIR -Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nankir di dalam kubur. 11. SELAWAT NABI S.A.W -Sebagai pendinding api nereka di dalam kubur. 12. MEMBERI SALAM -Memelihara kita di dalam kubur. 13. TERTIB -Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

JOM MUHASABAH....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...  salam mahabbah...salam ideologi..hihi3 ari ni nak share sikit tentang salah satu cara untuk kita bina diri adalah dengan mengenali diri kita... apa kelemahan dan kelebihan yang kita ada...macam mana nak kenal diri kita?? "awal-awal agama adalah mengenal ALLAH" ... "nak kenal siapa kita kenallah PENCIPTA dulu" ini antara kata-kata yang sering kita dengar....betul tak??? fikir, fikir, dan terus berfikir. gunakan anugerah dari Ilahi (akal) untuk berfikir, "bagaimana untuk menangkan Islam?" "apa yang dapat aku sumbang untuk Ialam?" "apa yang perlu aku ada untuk bantu Islam?" bermula dari muhasabah, lahirnya keinginan untuk berubah.  Insyaallah, keazaman dan niat yang ikhlas lillah mampu menolong kita untuk terus maju kedepan. "faiza 'azamta fatawakkal 'alallah" (sebaik saja kamu berazam, maka berserahlah kepada Allah) mood : ^_^

Al-Kifaahu Lilhayaati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh keluarga baginda.. ..Sekadar ingatan untuk diri ini dan juga buat sahabat-sahabat yang disayangi.. Sahabatku. . Dulu semalam dan hari ini,. kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH.., Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan.. Kau benar-benar kebingungan dan bertanya: Apa yang harus ku lakukan utk menebus kelelahan umat ini? Jawabku bukankah engkau adalah da'ie dan mujahid?? Katamu lagi: Tapi langkahku terlalu lambat... Jawabku, kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu.. Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan... Pada hari itu, amalmu terbentang tubuhmu terbuka.. Apakah di sana ada bekalmu.. "Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,.. Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya.. Namun andai dlep