Skip to main content

Al-Kifaahu Lilhayaati


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh keluarga baginda..

..Sekadar ingatan untuk diri ini dan juga buat sahabat-sahabat yang disayangi..



Sahabatku..


Dulu semalam dan hari ini,.
kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH..,
Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya:
Apa yang harus ku lakukan utk menebus kelelahan umat ini?


Jawabku bukankah engkau adalah da'ie dan mujahid??
Katamu lagi: Tapi langkahku terlalu lambat...
Jawabku, kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..
Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan...


Pada hari itu, amalmu terbentang tubuhmu terbuka.. Apakah di sana ada bekalmu..


"Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,..
Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya..
Namun andai dlepaskan hancurlah dunia..
Jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian..
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar..
Kita hidup untuk perjuangn dan mati untuk kehidupan..
Syurga impian..."

-Imam Nawawi-



'Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman' (Surah ali-Imran : 139)


Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Baqarah 2: 218)



Bila kau bergelar DAIE.. Kau wajib sedar bahawa jiwa kau tak boleh lama menjadi REMAJA.. 

Bak kata AL BANNA.. 
 'Tanggungjawab melebihi masa yang ada' dan tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat menDEWASAkan kau.." 
 Tapi cukupkah jika sekadar menerima tarbiyyah? Sampaikanlah pada yang lain.. Bangunlah wahai SYABAB.. Sedarlah wahai FATA.. Kalian bukan memulakan perjuangan.. Tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan.. Bangkitlah wahai sahabatku.. Semoga usaha kalian diberkati Yang Maha Esa..
~salam mujahadah..~

IBNU 'ARABI:
Satu kalimah Cinta.:

Adinu bi diinil hubbi aina tawajjahat; nakaaibu-hu fal hubbu diinii wal Imani"
MAKSUDNYA:"Saya memeluk Agama Cinta,Ke mana saja pun kenderaanku m'hadap Cinta adalah Agamaku, Cinta adalah Imanku"




"IRJI'I ILA RABBIKI RADLIYATAN"
MAKSUDNYA: " Kembalilah kepada TUHANMU dengan redha dan diredhai"

Rindu,Cinta dan Rela. 

dan tidak pernah putus.
tidak putus..


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a):


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
(surah Al-Baqarah 2:286)

Inilah kifaahu lilhayati (perjuangan hidup) yang mesti kita lalui samaada suka atau tidak.....
Perjuangan itu pahit..tidak dihampar karpet merah..penuh dengan liku-liku keperitan TAPI untuk mendapatkan SYURGA..Inilah harga yang perlu dibayar kerana syurga itu manis..

 INGATLAH SAHABAT-SAHABATKU....

DISEBALIK KESUSAHAN ADA KEKUATAN..
DISEBALIK KEPERITAN ADA KEMANISAN...

mood:zzzzz...ZzZZZzZZZ

Comments

Popular posts from this blog

Dakwah...Maaf Saya SIBUK !!

"Aku bukan tak mahu ikut halaqoh dengan kau, tapi aku sibuk. Banyak assignment dan group discussion." "Maaf ukhti, ana rasa ana tak dapat nak komitmen lagi dengan tarbiyah. Prestasi pelajaran ana merosot teruk." S I B U K SIBUK. Satu daripada 1001 macam alasan lagi yang sering diterima ketika seseorang diajak untuk ke program-program tarbiyah dan dakwah. Alasan sibuk memang terdengarnya relevan. Tetapi sungguh tidak rasional bagi mereka yang mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir. Mengapa? Semua Orang Sibuk Jika namanya manusia, apatah lagi seorang pelajar, tentulah kita sibuk. Kuliah yang perlu dihadiri, tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, dan pelbagai lagi tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa. Seorang bapa pula, jauh lebih sibuk. Mencari nafkah untuk meyara keluarga. Mendidik dan membimbing keluarga. Membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Namun yang pasti, mereka s...

Catatan Hati : Pengembaraan ke Sempadan

Sa bai Di mai ??  Alhamdulillah moga-moga readers dalam keadaan baik dan Allah ampunkan kita atas segala dosa yang dilakukan .. amin ya rabbal alamin! Kesian blog ana ni dah bersawang, nilah akibat malas untuk memerah inisiatif agar blog ini sentiasa dihidupkan! Astaghfirullahal’azaimKalau nak bercerita tu memang banyaklah cerita yang nak dikongsikan bermula dari cuti hari tu lagi..musafir dari Selangor kmudian Kelantan dan kedah…sekarang ana di Thailand!! Ada apa dengan Thailand??? Sue,tak takut ke pergi thai tu..dah lah sekarang Negara tu tak stabil (..ade kemelut.) ..lagipun kau tu dah la perempuan tak sesuai nak pergi sana, dah lah anak tunggal perempuan .. so saya nak buat macam mana? Takkan lah disebabkan saya perempuan saya tak boleh pergi..sahabat? Saya berterima kasih pada sahabat yang ,mendoakan saya..alhamdulillah abah dan ibu memberikan restu..insyaALLAH kalau ikhlas kita buat kerja amal itu semuanya akan dipermudahkan…panjang betul intro!! 5 ...

InDAHnya BerJemAah..

********************  Tangan ini erat dipaut oleh teman seperjuangan,                                                     Seperti mana telah tertautnya hati-hati ini. Terbentuklah sebuah liqo', Tanda ukhuwah yang tak akan putus. Lalu laungan tauhid terbit lantang dari bibir seorang ketua. Dan wahdah pun bergema, Menyatukan hati-hati para perindu syahid di jalanNya. Qalbu ini bergetar mengenangkan kehebatan Sang Khaliq. Dia yang menunaikan janjiNya, Dia yang memenangkan hambaNya, Dia yang memuliakan tenteraNya, Dan Dia mengalahkan musuhNya berseorangan. Hebatnya Dia, kerdilnya diriku, bisik hati ini. susah sahabat susah kami ; senang sahabat senang kami Ya Rabb,                                                 ...