Skip to main content

InDAHnya BerJemAah..

********************




 Tangan ini erat dipaut oleh teman seperjuangan, 
                                                   Seperti mana telah tertautnya hati-hati ini.
Terbentuklah sebuah liqo',
Tanda ukhuwah yang tak akan putus.



Lalu laungan tauhid terbit lantang dari bibir seorang ketua.
Dan wahdah pun bergema,

Menyatukan hati-hati para perindu syahid di jalanNya.
Qalbu ini bergetar mengenangkan kehebatan Sang Khaliq.

Dia yang menunaikan janjiNya,
Dia yang memenangkan hambaNya,
Dia yang memuliakan tenteraNya,
Dan Dia mengalahkan musuhNya berseorangan.
Hebatnya Dia, kerdilnya diriku, bisik hati ini.


susah sahabat susah kami ;
senang sahabat senang kami

Ya Rabb,

                                                                  Hanya dengan izinMu 
ukhuwah ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kami,
Maka tautkanlah hati-hati kami,
Agar tidak futur dari perjuangan penuh mehnah menuju redhaMu.

Ya Allah, 
Meski kami kadang-kadang lemah,
Walau kami kadang-kadang tersasar,
Tetapkanlah hati kami agar terus bersama agamaMu.




Ya Allah,
                                                               Tiupkanlah semangat jihad 
ke dalam diri kami agar kami terus thabat,
Kerana dalam jiwa kami masih ada satu impian yang mungkin akan tertunai,
Mungkin juga tidak..

IAITU MENGGAPAI REDHAMU..

********************

p/s : sahabat,kuatkanlah mujahadahmu..mengingatkan diri ini yang sering alpha n khilaf..
       
        Hati jika ingin dibentuk suburkanlah ia dengan baja keimanan berlandaskan        
        quran..hati tidak boleh dibentuk secara fardi tetapi dibentuk secara jamai'e iaitu     
        berjemaah ~ mengimbau kisah rasulullah s.a.w
       
        ~ingin koreksi diri~
        ~ingin membentuk diri & hati~



Comments

  1. jangan lupa dan tinggalkan saya :)

    ingatkan saya kalau saya alpa,nasihatkan sy kalau saya salah^^

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, semogabumi mu ini tidak akan sunyi dari laungan takbir dari bibir mereka yang berjihad untukmu..aminn~

    ReplyDelete
  3. Rasulullah prnah brsabda mafhumnya :'briltizamlah kamu dgn jmaah muslimin dan kepimpinannya..' (^_^)

    ReplyDelete
  4. "Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ketika Aku Mati

Ketika aku mati Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini Jangan kau titiskan airmata Jangan kau mengeluh atau menyesal Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku Aku bukannya pergi Aku baru tiba menemui cinta yang abadi Ketika kau tinggalkan aku di kubur Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi syurga di sebaliknya Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad Sekarang saksikanlah aku bangkit Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma Ketahuilah... Ketika kuburan mendakap dirimu Saat itu jiwamu benar-benar bebas Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi, tidak menumbuhkan kehidupan baru? Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan manusia? Apa...

Remaja Harapan

Mereka, adik-adik saya di Pondok Bantan,Nakhon siThamarat Kita kena faham bahawa kita adalah harapan kepada ISLAM Hakikatnya, kita adalah PENJAGA ISLAM Sebab itu, kita kena lakukan yang terbaik dalam hidup . . . . . . . . . . . . . . . . Ungkapan ini, saya petik dalam novel Hilal Asyraf, Remaja Harapan. Tiap-tiap kali sudah saya baca, betul-betul refreshing. Dan saya amat menyukai novel ini, mengajar satu makna, bagaimana yang zero  boleh menjadi Hero.Daripada kosong kepada terulung. Masalah menghempap.Persekitaran menekan.Mereka tidak memahami.Rasa hidup tiada makna.Yea,saya pernah melalui.Untuk kembali pada yang asal,mengubati hati yang kecewa,mengambil masa. Terima kasih Allah, Dia hadiahkan buku ini. Sungguh, terubat. Alhamdulillah. . . .  . .  .  .  . .  .  .  . .  . Reflection. Cover . "Habis,kenapa nampak lemah?" "Malas," jawabnya sepatah. "Em? Takkan malas sampai makan pun sedikit, baca al-Quran pun kurang,per...

Catatan Hati : Pengembaraan ke Sempadan

Sa bai Di mai ??  Alhamdulillah moga-moga readers dalam keadaan baik dan Allah ampunkan kita atas segala dosa yang dilakukan .. amin ya rabbal alamin! Kesian blog ana ni dah bersawang, nilah akibat malas untuk memerah inisiatif agar blog ini sentiasa dihidupkan! Astaghfirullahal’azaimKalau nak bercerita tu memang banyaklah cerita yang nak dikongsikan bermula dari cuti hari tu lagi..musafir dari Selangor kmudian Kelantan dan kedah…sekarang ana di Thailand!! Ada apa dengan Thailand??? Sue,tak takut ke pergi thai tu..dah lah sekarang Negara tu tak stabil (..ade kemelut.) ..lagipun kau tu dah la perempuan tak sesuai nak pergi sana, dah lah anak tunggal perempuan .. so saya nak buat macam mana? Takkan lah disebabkan saya perempuan saya tak boleh pergi..sahabat? Saya berterima kasih pada sahabat yang ,mendoakan saya..alhamdulillah abah dan ibu memberikan restu..insyaALLAH kalau ikhlas kita buat kerja amal itu semuanya akan dipermudahkan…panjang betul intro!! 5 ...