Skip to main content

Posts

Showing posts from January 1, 2012

MASALAH ITU BIASA.

Masalah itu biasa bagi orang yang beriman.. Masalah itu bermasalah bagi orang yang tidak yakin akan janji TuhanNya. Jadi , kita hendak meletakkan diri di tempat yang mana? Takdir itu di hujung usaha manusia. Setiap manusia mempunyai masalah, itu biasa.  Tidak penting sebanyak mana masalah yang datang, yang penting bagaimana kita berdepan dengan masalah tersebut.  Masalah adalah peluang.  Bagi orang yang berniaga, masalah adalah duit.  Makin besar risiko sesebuah perniagaan, semakin besar keuntungan yang bakal dikecapi dan semakin luas juga peluang untuk mengalami kerugian.  Begitu juga dengan manusia, masalah menjadi peluang yang baik apabila kita pandai mengatasi masalah tersebut bukan dengan mengelak diri tetapi berdepan dengan kenyataan.  Bila kita mengelak, masalah tidak selesai bahkan boleh menjadi lebih Besar! Qalam ALLAH dalam KitabNYA.. Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi  masalah  itu; dan masing-masing (dari

2012

Semoga ALLAH redhA untuk Tahun Baru ini.. Pejam celik..buka mata , kita semua dah melangkui angka '2012'.. Untuk kamu yang berlari mengejar tahun 2012 , " Setiap hari merupakan 'tahun baru' kerana orang islam yang beruntung itu akan lebih baik dari hari semalam.." Setiap dari kita pasti ada sesuatu yang ingin dilakukan.. Tetapkan Niat..Kuatkan Azam..Baiki Mutabaah Amal kita.. Tarbiah diri jangan dilupakan.. Sedikit perkongsian , ‎"Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang  putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu  tidak  lama, ia akan jatuh. Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang  mengikatnya. Begitu juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Tuhan dengan    manusia yang terikat dengan Tuhan." Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, 12 Febuari 2010. Moga-moga ta