Skip to main content

MASALAH ITU BIASA.



Masalah itu biasa bagi orang yang beriman..
Masalah itu bermasalah bagi orang yang tidak yakin akan janji TuhanNya.
Jadi , kita hendak meletakkan diri di tempat yang mana?
Takdir itu di hujung usaha manusia.


Setiap manusia mempunyai masalah, itu biasa. 
Tidak penting sebanyak mana masalah yang datang, yang penting bagaimana kita berdepan dengan masalah tersebut.
 Masalah adalah peluang.
 Bagi orang yang berniaga, masalah adalah duit. 
Makin besar risiko sesebuah perniagaan, semakin besar keuntungan yang bakal dikecapi dan semakin luas juga peluang untuk mengalami kerugian. 


Begitu juga dengan manusia, masalah menjadi peluang yang baik apabila kita pandai mengatasi masalah tersebut bukan dengan mengelak diri tetapi berdepan dengan kenyataan.
 Bila kita mengelak, masalah tidak selesai bahkan boleh menjadi lebih Besar!


Qalam ALLAH dalam KitabNYA..

A079


Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Masalah boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan bukan dengan emosi.
Masalah yang menimpa diri kita merupakan UJIAN.


Teringat pesanan ustaz Zamri ,

 "Dunia ini Ujian . Manusia itu sifatnya lemah , maka kita memerlukan ALLAH sebagai tempat pergantungan..Tabiat manusia, bila ALLAH bagi kesenangan ,mudah lupa..bila bagi kesusahan , mulalah mencari..Perjalanan itu menghilangkan kesedihan..pergilah musafir..!"
- 8 muharram 1433h , BK 13 , 2.00 p.m -

Firman Allah lagi ,

A143

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).



Semua orang pernah menghadapi masalah ! Masalahnya bagaimana saya , kamu , awak menghadapinya sahaja. Adakah dengan kebijaksanaan ataupun emosi atau yang lebih tepat lagi NAFSU !

Realiti mahasiswa sekarang , bagaimana mereka mahukan keadilan tertegak tapi masalahnya mereka dianggap sebahagian masyarakat sebagai pengganas , mahasiswa bodoh.. Pelik tapi itulah kebenarannya , pabila nyatakan kebenaran , siaplah AUKU , ISA , FRU , POLIS menanti dihadapan.

Bukankah mudah , andai "pemimpin" itu turun padang , dengar apa yang disuarakan oleh 'rakyat'..bincang semeja, berunding..masalahnya 'mereka' tak turun padang , memorendum yang dihantar diendah..
Ini lari dari masalah , maka banyak masalah yang timbul !

Masalah..masalah..masalah..

Jangan dianggap itu masalah , nanti ia akan memberatkan fikiran anda !

Pandangan DR.Zaharuddin,

Apabila ada seseorang memberi pandangan berkenaan politik atau sekali sekala terlibat dalam gerakan neutral tapi anjuran mana2 parti politik. 

Biasanya akan muncul manusia yang berkata 
"senang2 masuk poltik je la atau bertanding terus". 

Sedarilah, itulah tanda minda individu yg berkata itu putus beberapa 'wayar kebijakan & kefahaman'. 
Sedarilah, semua kita terlibat dlm poltik selagi kita berada dlm sebuah negara yg memberi ruang pilihanraya & pilihan pemimpin. 

Bersuara menyatakan pandangan adalah sihat & bukan indikasi bahawa yg berkata itu PERLU FULL TIME menjadi ahli parti politik tertentu.

 Pandangan politik pula pastinya akan ada cenderung ke mana2 pihak, sesiapa yg sentiasa neutral adalah ciri munafiq berpendirian lalang..

POLITIK SEBAHAGIAN DARI ISLAM

Pesanan Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.


"..Kita menyertai perjuangan ini bukan kerana tuntutan demokrasi. Tetapi kita menertainya justeru ia adalah amanah Allah kepada kekasihNya, agar membawa risalah yang termaktub di dalam kitab suciNya dan mendaulatkan tuntutanNya ke dalam seluruh sistem kehidupan.."



Masalah apa pun yang menimpa kita akan selesai andai kita BERANI berhadapan dengan masalah itu. Jadilah manusia yang berani untuk kedepan . Jika kita benar , mengapa berselindung ? Ayuh keluarlah dari kepompong yang menyelimuti kebenaran !

Penyelesaiannya , QURAN & SUNNAH !


Kembalilah pada ALLAH , DIA sentiasa dekat dengan kita .

 Cuma kita seringkali menjauhkan diri dariNYA .

KEMBALILAH!





p/s : Isu sekarang , kita bukan boneka !


Comments

  1. komen saya sama macam komen diatas- artikel ini cool dan owsem. Orang yang rasa putus asa dengan hidup, saya sangat cadangkan mereka membaca ini :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

انا رمى من رماية الأسلام..." فارمى أين ما شئت"!!!

  “Pemuda ialah sebuah tenga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”    -Fathi Yakan.-                                               Dr Abdullah Azam mengatakan bahawasanya : Setiap muslim adalah singa.  singa akan melahirkan anak singa. tapi sistem jahiliyah telah melatih anak2 singa menjadi kijang yg pengecut.    Apa yang kita dapat memahami dari kata-kata Dr.Abdullah Azam ini..  Sistem jahiliyah yang bagaimana yang menjadikan anak-anak singa ini  menjadi seekor kijang yang pengecut??   Tetapi pe...

Hikmah : Cintailah Aku..

" Cintailah aku...Cintailah aku.." Pasti dalam setiap jiwa mahu mencintai dan dicintai.. Berkasih sayang.. Betul kan? Tapi sahabat-sahabat dalam mencari cinta itu kita perlu Cinta ALLAH.. untuk hidup..tanpaNYA jiwa kita pasti mati! Tapi bagaimana sahabat? Kita nak ada yang mencintai kita..tapi pernahkah kita bergerak untuk sebarkan cinta itu? Pernahkah kita memulakan untuk mencintai? Tinta untuk AWAK : Jangan sempitkan pemikiran  dengan makna "Cinta Manusia" Cinta ALLAH pada kita.. Nabi pesan apa pada umatnya.... Apakah itu Cinta?

Remaja Harapan

Mereka, adik-adik saya di Pondok Bantan,Nakhon siThamarat Kita kena faham bahawa kita adalah harapan kepada ISLAM Hakikatnya, kita adalah PENJAGA ISLAM Sebab itu, kita kena lakukan yang terbaik dalam hidup . . . . . . . . . . . . . . . . Ungkapan ini, saya petik dalam novel Hilal Asyraf, Remaja Harapan. Tiap-tiap kali sudah saya baca, betul-betul refreshing. Dan saya amat menyukai novel ini, mengajar satu makna, bagaimana yang zero  boleh menjadi Hero.Daripada kosong kepada terulung. Masalah menghempap.Persekitaran menekan.Mereka tidak memahami.Rasa hidup tiada makna.Yea,saya pernah melalui.Untuk kembali pada yang asal,mengubati hati yang kecewa,mengambil masa. Terima kasih Allah, Dia hadiahkan buku ini. Sungguh, terubat. Alhamdulillah. . . .  . .  .  .  . .  .  .  . .  . Reflection. Cover . "Habis,kenapa nampak lemah?" "Malas," jawabnya sepatah. "Em? Takkan malas sampai makan pun sedikit, baca al-Quran pun kurang,per...