Skip to main content

Remaja Harapan


Mereka, adik-adik saya di Pondok Bantan,Nakhon siThamarat

Kita kena faham bahawa kita
adalah harapan kepada ISLAM
Hakikatnya, kita adalah PENJAGA ISLAM
Sebab itu, kita kena lakukan yang terbaik dalam hidup

. . . . . . . . . . . . . . . .

Ungkapan ini, saya petik dalam novel Hilal Asyraf, Remaja Harapan. Tiap-tiap kali sudah saya baca, betul-betul refreshing. Dan saya amat menyukai novel ini, mengajar satu makna, bagaimana yang zero  boleh menjadi Hero.Daripada kosong kepada terulung.

Masalah menghempap.Persekitaran menekan.Mereka tidak memahami.Rasa hidup tiada makna.Yea,saya pernah melalui.Untuk kembali pada yang asal,mengubati hati yang kecewa,mengambil masa. Terima kasih Allah, Dia hadiahkan buku ini. Sungguh, terubat. Alhamdulillah.

. . .  . .  .  .  . .  .  .  . .  .

Reflection. Cover .

"Habis,kenapa nampak lemah?"

"Malas," jawabnya sepatah.

"Em? Takkan malas sampai makan pun sedikit, baca al-Quran pun kurang,pergi masjid dengan abang  pun sudah tidak mahu?" dia nampak abang Irfan mengangkat satu persatu jari seakan membilang. Dia dah rasa malas nak ikut abangnya. Rasa tidak terbela walaupun buat benda yang baik.

"Malas nak hidup. Tak ada makna." Terlepas keluar ayat itu dari mulutnya.

Abang Irfan terdiam. Mungkin terasa betapa seriusnya dia.

Hati berasa sebak. Jiwa berasa galau.Kehangatan tubuh abang Irfan yang menyentuhnya menambah rasa pilu.Perlahan-lahan air mata mengalir. Dia menceritakan dirinya dibuli. Kemudian guru-guru tidak membelanya memandangkan mereka aset sekolah. Akhirnya, dia menceritakan mengapa dia malas untuk meneruskan kehidupan, malas untuk menjadi baik dan malas untuk belajar.

Dia berasa hidupnya tidak bermakna.

Dia tertekan.

. . . . . . . . . . . . . . .

"Abang, hidup ini ada tujuankan? Im rasa macam sudah tak mampu lalui semua ini."

"Ada. Allah kata, hidup ini adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya."

Dia terdiam mendengar jawapan abang kesayangannya itu. Pertama kali didengari.

"Orang yang hidup mengabdikan diri kepada Allah, itulah dia orang-orang yang kuat."

"Owh, IronMan,Goku pun berhubungan dengan Allahlah?"

Abang Irfan ketawa. Geleng. "Ironman dan Goku tu rekaan orang jahiliah. Orang yang ada hubungan dengan Allah macam Bilal bin Rabah. Dia kena hempap dengan batu di tengah panas, tetapi dia tidak meninggalkan Islam. Berkat kesabarannya, Allah kurniakan dia darjat yang tinggi. Dia salah seorang sahabat yang dikhabarkan syurga, tahu?"

Dia tidak bersuara. Dia biasa dengar tentang Bilal bin Rabah. Tetapi abang membawanya memandang dari sudut yang berbeza, hubungan Bilal bin Rabah dengan Allah. Tidak pula pernah didengarinya.

"Bilal bin Rabah kena sebat, kena seksa, dihempap batu, kena heret di padang pasir. Dia tetap tidak tinggalkan Islam. Dia tidak tertekan pun. Im kena seksa macam diakah?"

Dia menggeleng.

"Tahu tak macam mana Bilal bin Rabah boleh bina hubungan dengan Allah swt hingga jadi kuat macam itu?"

Sekali lagi dia menggeleng.

"Dengan satu proses bernama Tarbiyah Islamiyah Syamilah."

Dia tidak mampu bersuara. Jiwanya berasa gementar. Entah kenapa. Gementar dengan keseronokan. Mengapa dia seakan melihat jalan keluar kepada masalahnya?

. . . . . . . . . . . . . . . .  . .  .

"Sudah, pergi tidur, remaja harapan."

"Eh, Remaja harapan?"

"Im kan harapan keluarga kita, harapan abang, bukan?"

Dia tersenyum senang. Pertama kali mendengar orang menyatakan bahawa dia adalah harapan.

"Im harapan Islam juga, tau." Abang tersenyum padanya.

Aku harapan Islam? Jiwanya berdetak. Macam besar sahaja gayanya.

Harapan abang dan keluarga. Harapan Islam? Aku ?

Terasa dirinya seakan diseru panggilan kebangkitan.

Comments

  1. Bukan mudah menjalani tarbiyah islamiyah syamilah .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

انا رمى من رماية الأسلام..." فارمى أين ما شئت"!!!

  “Pemuda ialah sebuah tenga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”    -Fathi Yakan.-                                               Dr Abdullah Azam mengatakan bahawasanya : Setiap muslim adalah singa.  singa akan melahirkan anak singa. tapi sistem jahiliyah telah melatih anak2 singa menjadi kijang yg pengecut.    Apa yang kita dapat memahami dari kata-kata Dr.Abdullah Azam ini..  Sistem jahiliyah yang bagaimana yang menjadikan anak-anak singa ini  menjadi seekor kijang yang pengecut??   Tetapi pe...

Hujan Sebelum Pelangi

. . Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Pernahkah sekali kita memahami alam. " Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "   " Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? " Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam...

...muhasabah...

Salam sayang sahabat-sahabatku sekalian.. moga-moga setiap hari iman kita bertambah baik.. Ya ALLAH jadikanlah aku setiap hari...setiap hari bertambah baik... Ya ALLAH jauhkanlah aku daripada sifat berprasangka buruk... Ya ALLAH hiasilah peribadiku dengan sifat-sifat mahmudah..jauhkanlah aku daripada sifat mazmumah... Kurniakanlah aku seseorang yang aku boleh mempercayainya... .... mood : Muhasabah... Terlalu banyak ku meminta kepadaMU ya ALLAH.. Apakah diri ini..sudah memenuhi perintahmu.. Adakah aku seorang hamba yang betul-betul memenuhi kehendakMU.. Ya rabb..aku memohon..hijabkanlah aku dari perkara maksiat... semoga hari yang mendatang.. lebih baik dari hari-hari semalam... insyaALLAH.... Teguhkanlah iman hambaMU ni ya ALLAH... Doakan saya sentiasa sentiasa thabat... ~konflik~