Skip to main content

Bawa Hati Mu Ke Arah CintaNYA.....


Subhanallah..
Astaghfirullahalazim....
Benar-benar saya rindu akan blog ni..

Sepi..tanpa bicara yang saya kongsikan..


Dalam mencari makna hamba ILLAHI yang sebenarnya..
banyak peristiwa yang berlaku ..
membuatkan saya muhasabah balik diri ini...
memberi masa pada orang lain dan diri...
doakan saya agar bertemu "jawapannya"...


Teringat kembali saat bersama dengan sahabat-sahabat dan adik-adik junior dalam    Program Magnet Diri yang dianjurkan oleh kami...


Dalam pemerhatian saya,ada satu slot yang betul-betul menarik perhatian warga kampus UMNP...tak pernah saya lihat seramai itu..ye lah mungkin waktunya dibuat sebelum Iftor (barangkali semuanya lapar)..dahlah dapat makan free...


Mungkin... slot yang dikendalikan oleh adik Saiful Anwar , moderatornya..berganding dengan panel -panel yang mantop dan Tip top..Ustaz Hazrul dan Ustazah Seripah ..memberi impak yang  hebat..ye lah bait-bait kata dari umi dan abah...mutiara ilmu yang mesti dikutip..


Melihat kepada tittle yang akan dibincangkan pun betul-betul memagnetkan hati ini... 


 (credit to ukhti sob dan ukhti adawiyah. yang brhempas pulas mencipta nama program)



CINTA


Satu ungkapan yang memberi 10001 makna...cinta pada ALLAH,cinta pada Rasul,cinta pada ibu bapa,cinta seorang sahabat,cinta pada guru,cinta..cinta..cinta...


Apa sebenarnya CINTA?? Ada apa dengan Cinta..??


Persoalan ini hanya saya dan anda sahaja yang boleh menjawabnya...TAPI ditapis dengan teliti mengikut bait-bait kalam ALLAH dan sabda Baginda s.a.w..Anda sendiri yang perlu memaknakan makna cinta itu sendiri...


Ya..anda sendiri..


Saya dan anda perlu menelusuri makna Cinta itu...


Ustaz Hazrul


Makna "CINTA" - Cinta Itu Nikmat Tapi Azab


Fitnah ataupun Fitrah


Seringkali kita mendengar yea..cinta itu fitrah.Saya dan anda pasti mengakuinya..namun sejauh mana fitrah cinta itu pada seorang insan? 


Tanpa CINTA ILLAHI,bisa hidupkah aku ?


Fitrah sifat semula jadi pada setiap makhluknya, yang inginkan kebaikan dan menghindari segala kemudaratan ketika dilahirkan di dunia. Fitrah merangkumi seluruh aspek kehidupan, bermula dari diri sendiri ,kepada masyarakat,kepada makhluk yang lain sehinggalah kepada hubungan manusia kepada ALLAH.


Fitrah umpama sehelai kain putih. Kelahirannya dalam keadaan suci dan bersih. Fitrah manusia yang paling bersih apabila  dia pertama kali dilahirkan.Manakala fitrah manusia yang paling suci apabila dia mengenal hubungannya dengan Tuhannya.

Islam sendiri mengakui ada perkara-perkara yang dikasihi , disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya kecederungan seorang manusia..

Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada ALLAH
          (Al-baqarah - 165 )




Jadi adakah layak kita dicintai dan mencintai orang lain dulu sebelum mencari cinta hakiki yang bukan fantasi ?


Jika berlaku sedemikian , maka kita adalah orang yang kurang imanya dan wajib kita berusaha untuk menyempurnakan iman.


Cinta bukan untuk dikekang mahupun dilarang,namun cinta harus ditelusuri dengan cara yang betul . Cinta kepada lawan sejenis adalah fitrah , namun kadang-kadang menipu.




mencari cinta ALLAH..susah?


Cinta yang paling mulia dan tinggi darjatnya , cinta pada ALLAH. Sebaliknya , cinta yang rendah adalah cinta kerana nafsu, yang dapat menghinakan manusia, cirinya ialah menuruti nafsu syahwat, hilangnya rasa malu, dan sebagainya.




Fitrah Menjadi Fitnah



Cinta tidak hanya menjadi fitrah, ia juga bisa menjadi cubaan ,bahkan fitnah.


Cinta menjadi cubaan ketika sesuatu yang tidak layak dicintai jesteru dicintai atau cinta tersimpan kurang tepat ditempat yang seharusnya.


Cinta menjadi fitnah ketika cinta itu dilandasi oleh nafsu dan rakus menjadi syaitan.


Kewujudan cinta atas landasan fitrah akan hilang.


Ketika nafsu dan syaitan merajai segala tindakan manusia,tiada lagi pengertian fitrah dalam perbuatannya.Apabila kesesatan itu terjadi, manusia akan menjadi antara makhluk yang memiliki sifat tercela dan mengundang kemurkaan Azza wa Jalla.


Percaya atau tidak..


Inilah hakikat dan realiti sebenar..


Namun berapa ramai yang menyedarinya..


Adakah kita tergolong dalam kelompok ini...


Ampunilah kami ya ALLAH....




Analogi Cinta




Kita ambil air zam zam dan  air coca cola sebagai analogi. Bayangkan , apa yang akan terjadi apabila secawan air zam zam tadi dicampurkan pula dengan beberapa titis air coca cola.





Pasti, warnanya akan berubah dengan mendadak. Kesucian air zam zam pada mulanya tadi pun sudah tidak kelihatan. Yang terlihat, hanya hitam dan kekerohan.


Pasti warnanya berubah bukan. Apatah lagi, apabila secawan lagi air coca cola tadi dimasukkan ke dalam air zam zam.


Anda pasti dapat membayangkannya , bukan?

Jadi, begitu juga dengan realiti cinta saat ini...


Apabila manusia meletakkan cinta sebagai matlamat utama dalam hidup mereka , secara tidak langsung , cinta itu tadi, telah mereka campurkan dengan perkara-perkara lain. Nafsu mereka, keburukan-keburukan,maksiat-maksiat, dan sebagainya yang tidak suci (fitrah) , yang kemudiannya akan mencemarkan kesucian cinta itu tadi.


Akhirnya , cinta yang pada mulanya tadi bersih itu, kini kelihatan kotor.


-Daripada FITRAH menjadi FITNAH



cinta manusia kepada cinta ALLAH



Menjernihkan Makna Cinta


Allah mengurniakan cinta kepada manusia.


Pasti ia bukan sesuatu yang sia-sia, bukan ?


Oleh itu, ayuh kita murnikan kembali pandangan kita terhadap cinta.


Tidaklah Allah mengurniakan cinta itu, melainkan agar ia memudahkan kita mencapai matlamat hidup kita.


Apa matlamat hidup kita ?


Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku
        -Adz-Dzariyat,51: 56




Ya, ALLAH - ITULAH MATLAMAT KITA.


Bukan CINTA.


Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-NYA pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.


Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan , Allah paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan mejadi tenang.
          (al-Ra'd :28 )

hanya alat , cinta...


Cinta hanyalah satu alat , untuk mencapai matlamat kita tadi.


Dan ianya tidak lebih dari itu.


Persoalannya,




Pada hari ini, siapakah yang tinggal untuk kembali memurnikan cinta ?


Siapa yang akan memperjuangkan agama , meletakkan Allah sebagai matlamat utama ?


Moga hati-hati kita, dalam diam menjawab , "saya".


Insya ALLAH.

Mencari keTaqwaan dalam  Cinta

Jom Berusaha Membawa HATI Kita Kearah Cinta NYA....


Uhibbukunna Fillah....






Comments

  1. subhanallah, sangat membuka mata hati tentang erti cinta. :)

    ReplyDelete
  2. ukhti..semoga kita dapat mencari erti cinta sebenar yang mendekatkan diri kita kpadaNYA...

    ReplyDelete
  3. Cinta hakiki hanya pada Allah. teruskan bertinta hikmah ya ukhti.semoga Allah redha.amin.salam ukhuwah;)

    ReplyDelete
  4. syukran atas doanya ukhti..semoga allah kurniakan yang terbaik untuk kita semua..uhibbukifillah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hujan Sebelum Pelangi

. . Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Pernahkah sekali kita memahami alam. " Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "   " Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? " Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam

انا رمى من رماية الأسلام..." فارمى أين ما شئت"!!!

  “Pemuda ialah sebuah tenga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”    -Fathi Yakan.-                                               Dr Abdullah Azam mengatakan bahawasanya : Setiap muslim adalah singa.  singa akan melahirkan anak singa. tapi sistem jahiliyah telah melatih anak2 singa menjadi kijang yg pengecut.    Apa yang kita dapat memahami dari kata-kata Dr.Abdullah Azam ini..  Sistem jahiliyah yang bagaimana yang menjadikan anak-anak singa ini  menjadi seekor kijang yang pengecut??   Tetapi perlu ketahui juga..   Allah telah takdirkan bahawa PENJARA bukanlah tempat asing dalam kamus para pejuang agama ALLAH SWT,jeriji besi serta palang penjara boleh bertukar menjadi gobok pertapaan dalam mencari kejernihan hati,juga mampu menjadi institusi perk

Rehlah Yang Memberi Erti...

Adakah kamu tidak percaya dengan qalam Ilahi ? Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Al-Anfaal 8:63 ) Siapa yang dapat menyatukan hati-hati kita? Kalau bukan Dia , siapa lagi..ALLAH..... Alhamdulillah.. Hanya itu yang mampu ku katakan.. Hanya itu yang mampu terukir di bibir.. Semoga keredhaan dan kerahmatanNya mengiringi setiap detik dan langkah hambaNya yang dahagakan kasih sayangNYA.. Selamat dan aman sudah rancangan terakhir Majmuah 5 (mungkin ada lagi....masul ? ) Rehlah Tarbawi yang memberi seribu satu makna.. Yang mengikat hati-hati kami.. Yang memberi peluang untuk mengenali dan dikenali.. Yang mengajar erti kesabaran , erti ke"senyum"an, erti ke&quo