Skip to main content

Posts

Showing posts with the label HikmAH

Remaja Harapan

Mereka, adik-adik saya di Pondok Bantan,Nakhon siThamarat Kita kena faham bahawa kita adalah harapan kepada ISLAM Hakikatnya, kita adalah PENJAGA ISLAM Sebab itu, kita kena lakukan yang terbaik dalam hidup . . . . . . . . . . . . . . . . Ungkapan ini, saya petik dalam novel Hilal Asyraf, Remaja Harapan. Tiap-tiap kali sudah saya baca, betul-betul refreshing. Dan saya amat menyukai novel ini, mengajar satu makna, bagaimana yang zero  boleh menjadi Hero.Daripada kosong kepada terulung. Masalah menghempap.Persekitaran menekan.Mereka tidak memahami.Rasa hidup tiada makna.Yea,saya pernah melalui.Untuk kembali pada yang asal,mengubati hati yang kecewa,mengambil masa. Terima kasih Allah, Dia hadiahkan buku ini. Sungguh, terubat. Alhamdulillah. . . .  . .  .  .  . .  .  .  . .  . Reflection. Cover . "Habis,kenapa nampak lemah?" "Malas," jawabnya sepatah. "Em? Takkan malas sampai makan pun sedikit, baca al-Quran pun kurang,per...

Fuhh..kan dah kena !

In The Name Of Allah.. Doaku moga teman-teman dilimpahi ketenangan & Cahaya Rabb :) Eh, sebelum tu dah baca Al-Kahf? Belum, ok spent masa jap 20 minit untuk baca + tadabbur ^^v Hari tu semasa BerpetakGuMbira terasa seperti terhentak-hentak dada ni, bila seorang sahabat katakan, KAU TAK TAHU MASALAH UMMAH!! Blurr ...?? Allahuakhbar, yup saya akui kebarangkalian saya ada culas tentang hal ini,kebarangkalian saya tertinggal atau meninggalkan isu ini dan...... Saya tak salahkan sahabat saya, dia memang ada HAK untuk mengatakan sebegitu dan saya cuba menilai balik sejauh mana diri ini dalam gerak kerjaIslam.. *hoho..sudahkah aku?* Saya cuba bertanya, why she said like that? I just wondering to know...  Ni, jawapannya.. Disebabkan saya ni selalu terkedepan sikit saja (kedepan bukannya apa pun,just sharing-sharing isu Lynas,isu mahasiswa kini,hasut deme pi #KL112..he3) *astaghfirullah..jauhkanlah aku dari Riya'..* sampaikan selalu ter'mis...

I LOVE EXAM

My first Date !? Exam mode : On Time : 2 JAN - 16 JAN VENUE : EXAM HALL Dare yourself to dream, Dare yourself to fulfill GamBate Ujian dalam peperiksaan adalah sebahagian dari ujian dunia dan ujian dunia itu terlalu banyak dan pelbagai. Kepelbagaian itulah yang membawa kita samada ke SoRga atau sebaliknya. Usahalah semampu mungkin untuk melalui ujian-ujian tersebut hingga antara ujian itu berjaya membawa kita ke SorGA bertemu pencipta terChenta. Goal : 4 Flat .. insyaAllah ^^v doakan yea. Hah , and the MOST important that DU'A “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi,  ingatan para rasul dan malaikat terhampir.  Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu,  hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu.  Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” Nak lagi doa-doa , sahabat boleh lihat di  koleksi doa. Kenapa doa ni penting , yea ? Verily , after each d...

It'll be better

If everyone is pleased with you but Allah is not , then what have you gained ? And if Allah is pleased with you but no one else is , then what have you lost ? [Imam Ahmad bin Hambal] The scholar/knowledgeable one should have good deeds stored in secret between him and Allah the Most High . Indeed , all the manifest of knowledge or deeds to the people  will be of little benefit in the hereafter . [Imam As-Syafi'e] Being born as a Muslim doesn't make you a better person . It's not how you start the race but it's how you end it . [Imam Siraj Wahaj] When you remember Allah ,  clouds of worry and fear are driven away , and the mountains that make up your problems are blown away . [Dr. 'Aidh 'Abdullah al-Qarni] Allah does not judge you on how have been in the past , but rather on how good you strive to be now . [Yasir Qadri] ~QUOTES~

Hujan Sebelum Pelangi

. . Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Pernahkah sekali kita memahami alam. " Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "   " Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? " Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam...

Kerana Sebuah Tarbiyyah..

Dengan asma Tuhan Yang Husna Izinkan aku berbicara Segala puji hanya untuk Nya Tuhan buat sekalian alam Dan selawat ke atas Muhammad,sollallahu alaihi wasallam Bukan aku mahu mengadu.. aku mengharap engkau faham mengapa aku menulis.. Terkadang, mereka bertanya kepadaku, Apa gunanya tarbiyyah ini? Apa baiknya jalan da’wah ini? Apa mereka tak bisa melihat semua itu? Kerana sebuah tabiyyah, Aku merelakan segala sakit-sakit Baik di tubuh ,jasad,hati walau segala rintangan mendatang aku beranikan diri untuk menghadapi Kerana sebuah tarbiyyah, Aku menanggung malu,amarah,sedih dan segala apa yang tak mungkin pernah aku rasakan Seandainya aku tidak di atas jalan ini Kerana sebuah tarbiyyah, Duniaku bukanlah milikku lagi Hatiku bukanlah milikku lagi Aku tukarkan segalanya Aku serahkan segalanya Untuk mereka… Segalanya itu tiada ertinya lagi Bukan untukku Melainkan untuk mereka semua Kerana sebuah tarbiyyah ...

Lihat kepada Teratai..

Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan untuk menulis di blog agar tidak menjadi sesawang yang bersawang.. Moga ALLAH berkati usaha setiap hambaNYA yang menuju jalan lurusNYA.. InsyaALLAH..andai ada masa saya akan ceritakan pemusafiran sepanjang cuti ni.. Hidup bermusafir memang indah..=) Sampai di blog pun still lagi bermusafir.. Tak salah rasanya saya kongsikan apa yang ada dengan bunga teratai kan  adik Intan Nadzirah  ? Apa yang menarik sangat tentang bunga teratai ni? Bunga teratai bukan terletak di jambangan,bukan terletak di dahan pokok,bukan juga terletak di hujung pucuk daun.tapi bunga teratai hidupnya dalam air. Susah & payah..Sesiapa yang mahu dapatkan biji benihnya perlu meranduk air untuk mendapatkannya. Siapa yang ingin melihat kecatikannya perlu mencari paya,danau,tasik,dan kolam kerana pohon teratai tidak ada di mana-mana di dataran.hanya ada dalam tempat yang penuh berselut dan berlanyau. Bunga teratai ibarat seorang mujahidah yang didi...

Put Yourself In Other

Bismillahirrahmanirrahim... Moga Allah redha setiap langkah kita..insyaALLAH! Maksud firman Allah SWT : " Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..."           (al-Hujurat : 12) Imam Fakhruddin ar-Razi menghuraikan pula dalam Tafsir ar-Razi apa yang disebut dengan sangkaan berdasarkan ayat di atas dengan berkata : " Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh-sungguh memastikan kebenarannya) dan penyelidikan yang dalam " Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah dan rahmat serta izinNya bumi beredar, mentari bersinar, bintang begermelapan, bulan bercahaya, dan manusia meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, dengan nurnya alam diterangi, manusia disuluh kebenaran. Jom kita teliti sebuah kisah ang mana Seorang lelaki dari New York diajak untu...

Aku Insan Lemah

Aku Insan Lemah.. A I L Yang sering lelah dalam nafasku sendiri... Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari... Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri... Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri Yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi Yang masih tercari-cari hidayah mu Ya Illahi.. Aku Insan Lemah Ingin aku mengadu padaMu Ya Allah Dengarkanlah rintihan lemahku ini Sujudku menghambakan diri dalam sunyi Dalam heningnya suasana malam Dalam dinginya embun pagi Agar diaminkan jutaan malaikat Agar segala pintaku Engkau berkat.. " Ya Allah , berikan aku ketenangan hati.. sepertimana yang aku harapkan sepertimana yang Engkau janjikan " Kerana Aku Insan Lemah !

Rehlah Yang Memberi Erti...

Adakah kamu tidak percaya dengan qalam Ilahi ? Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Al-Anfaal 8:63 ) Siapa yang dapat menyatukan hati-hati kita? Kalau bukan Dia , siapa lagi..ALLAH..... Alhamdulillah.. Hanya itu yang mampu ku katakan.. Hanya itu yang mampu terukir di bibir.. Semoga keredhaan dan kerahmatanNya mengiringi setiap detik dan langkah hambaNya yang dahagakan kasih sayangNYA.. Selamat dan aman sudah rancangan terakhir Majmuah 5 (mungkin ada lagi....masul ? ) Rehlah Tarbawi yang memberi seribu satu makna.. Yang mengikat hati-hati kami.. Yang memberi peluang untuk mengenali dan dikenali.. Yang mengajar erti kesabaran , erti ke"senyum"an, erti ke...

Pujuklah Hati Itu ..

Dimana Kunci nak pujuk Hati ini? Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini.     Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya.   Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran.   Kita inginkan keindahan, tetapi Allah kurniakan kebenaran.   Bukankah kesabaran dan kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan kesenangan?  ~Us.Pahrol Juoi~  p/s : nak pujuk hati tu mungkin senang , tapi usaha nak memujuk tu yang agak susah , mencari m00d memujuk, di mana ia?