Skip to main content

Lihat kepada Teratai..



Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan untuk menulis di blog agar tidak menjadi sesawang yang bersawang..


Moga ALLAH berkati usaha setiap hambaNYA yang menuju jalan lurusNYA..
InsyaALLAH..andai ada masa saya akan ceritakan pemusafiran sepanjang cuti ni..
Hidup bermusafir memang indah..=)


Sampai di blog pun still lagi bermusafir..
Tak salah rasanya saya kongsikan apa yang ada dengan bunga teratai kan adik Intan Nadzirah ?


Apa yang menarik sangat tentang bunga teratai ni?






Bunga teratai bukan terletak di jambangan,bukan terletak di dahan pokok,bukan juga terletak di hujung pucuk daun.tapi bunga teratai hidupnya dalam air.
Susah & payah..Sesiapa yang mahu dapatkan biji benihnya perlu meranduk air untuk mendapatkannya.
Siapa yang ingin melihat kecatikannya perlu mencari paya,danau,tasik,dan kolam kerana pohon teratai tidak ada di mana-mana di dataran.hanya ada dalam tempat yang penuh berselut dan berlanyau.
Bunga teratai ibarat seorang mujahidah yang dididik dengan kesusahan & kepayahan.
Agar dengan kepayahan itulah akhirnya ia kembang menJaji bunga yang sangat cantik.
Oleh itu,jadilah seperti bunga teratai yang merupakan khazanah dunia.
Biar yang bersusah payah sahaja yang akan berjaya melihat,memetik dan menikmati kecantikannya..


Dalam kehidupan ni mana ada yang senang..kalau begitu dunia ini bukan ujian lah...


p/s : masih ingin merantau..thailand pun jadi juga ^^,
        so, u must say Alhamdulillah...

Comments

Popular posts from this blog

Dakwah...Maaf Saya SIBUK !!

"Aku bukan tak mahu ikut halaqoh dengan kau, tapi aku sibuk. Banyak assignment dan group discussion." "Maaf ukhti, ana rasa ana tak dapat nak komitmen lagi dengan tarbiyah. Prestasi pelajaran ana merosot teruk." S I B U K SIBUK. Satu daripada 1001 macam alasan lagi yang sering diterima ketika seseorang diajak untuk ke program-program tarbiyah dan dakwah. Alasan sibuk memang terdengarnya relevan. Tetapi sungguh tidak rasional bagi mereka yang mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir. Mengapa? Semua Orang Sibuk Jika namanya manusia, apatah lagi seorang pelajar, tentulah kita sibuk. Kuliah yang perlu dihadiri, tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, dan pelbagai lagi tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa. Seorang bapa pula, jauh lebih sibuk. Mencari nafkah untuk meyara keluarga. Mendidik dan membimbing keluarga. Membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Namun yang pasti, mereka s...

Ketika Aku Mati

Ketika aku mati Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini Jangan kau titiskan airmata Jangan kau mengeluh atau menyesal Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku Aku bukannya pergi Aku baru tiba menemui cinta yang abadi Ketika kau tinggalkan aku di kubur Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi syurga di sebaliknya Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad Sekarang saksikanlah aku bangkit Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma Ketahuilah... Ketika kuburan mendakap dirimu Saat itu jiwamu benar-benar bebas Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi, tidak menumbuhkan kehidupan baru? Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan manusia? Apa...

Catatan Hati : Pengembaraan ke Sempadan

Sa bai Di mai ??  Alhamdulillah moga-moga readers dalam keadaan baik dan Allah ampunkan kita atas segala dosa yang dilakukan .. amin ya rabbal alamin! Kesian blog ana ni dah bersawang, nilah akibat malas untuk memerah inisiatif agar blog ini sentiasa dihidupkan! Astaghfirullahal’azaimKalau nak bercerita tu memang banyaklah cerita yang nak dikongsikan bermula dari cuti hari tu lagi..musafir dari Selangor kmudian Kelantan dan kedah…sekarang ana di Thailand!! Ada apa dengan Thailand??? Sue,tak takut ke pergi thai tu..dah lah sekarang Negara tu tak stabil (..ade kemelut.) ..lagipun kau tu dah la perempuan tak sesuai nak pergi sana, dah lah anak tunggal perempuan .. so saya nak buat macam mana? Takkan lah disebabkan saya perempuan saya tak boleh pergi..sahabat? Saya berterima kasih pada sahabat yang ,mendoakan saya..alhamdulillah abah dan ibu memberikan restu..insyaALLAH kalau ikhlas kita buat kerja amal itu semuanya akan dipermudahkan…panjang betul intro!! 5 ...