Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ummah

Rehlah Yang Memberi Erti...

Adakah kamu tidak percaya dengan qalam Ilahi ? Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Al-Anfaal 8:63 ) Siapa yang dapat menyatukan hati-hati kita? Kalau bukan Dia , siapa lagi..ALLAH..... Alhamdulillah.. Hanya itu yang mampu ku katakan.. Hanya itu yang mampu terukir di bibir.. Semoga keredhaan dan kerahmatanNya mengiringi setiap detik dan langkah hambaNya yang dahagakan kasih sayangNYA.. Selamat dan aman sudah rancangan terakhir Majmuah 5 (mungkin ada lagi....masul ? ) Rehlah Tarbawi yang memberi seribu satu makna.. Yang mengikat hati-hati kami.. Yang memberi peluang untuk mengenali dan dikenali.. Yang mengajar erti kesabaran , erti ke"senyum"an, erti ke...

Fatwa Pandangan Jihad Di Syria

Ketua Kesatuan Ulamak Islam SeDunia, Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan pandangan jihad wajib ke atas setiap rakyat Syria. Beliau juga mengeluarkan fatwanya seperti berikut: 1) Jihad kewajipan setiap rakyat Syria dan tidak menjadi syarat perlu memperoleh persetujuan dari ayah dan ibu. Menjadi kewajipan umat bagi membantu mereka dengan harta dan senjata. 2) Setiap tali barut (Syabih) atau perisik atau pembantunya hukumannya adalah zalim dan perlu dibunuh. 3) Setiap tentera yang diperintah membunuh rakyat perlu berpaling tadah walau apa jua akibatnya. 4) Setiap mereka yang terkorban sama ada dibunuh, berpaling tadah dari rejim, menyertai demonstrasi atau mengiringi jenazah maka matinya adalah mati syahid dengan izin Allah. 5) Kewajipan bagi pekerja dan pegawai kerajaan agar membantu revolusi dengan maklumat. 6) Di sana, terdapat golongan Syiah 'Alawi yang dizalimi maka tidak boleh melayannya sebagai pembunuh.  7) Pasukan tentera atau keamanan y...

Perkongsian Revolusi Syria oleh Dr Khaled Hasan Hindawi

Bismillahirrahmanirrahim... Saya kira isu ini memang isu yang wajib kita umat islam CAKNA akannya.. Saya sendiri kesal dengan diri ini , sikap acuh tak acuh akan sesuatu isu masih lagi melingkari diri ini.. Ini adalah catitan dari laman blog  Ust Mohd Fikri  yang   sempat hadir ke majlis perkongsian tentang Revolusi Syria yang disampaikan oleh asy-Syeikh Dr Khaled Hasan Hindawi pada 6/12/2011 di Dewan Banquet, UPM. ************** Shaykh Khalid Hassan al-Hindawi. - Beliau adalah pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi. -Beliau diutuskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk memberitahu berita dan hal sebenar tentang apa yang berlaku di Syria. -Shaykh Khalid telah melawat Indonesia dahulu dan kemudian melawat Malaysia. Semoga Allah merahmati Shaykh yang memberi perkongsian yang baik dan bermanfaat kepada kami , memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar tentang apa yang berlaku di Syria. Mukaddimah, Shaykh memberitahu bahawa beliau baru...