Skip to main content

Posts

Showing posts from December 25, 2011

Hati , Kamu Sudah Bercinta Dengannya ?

Hati mempunyai keistimewaan yang boleh menjadikan seseorang itu semakin mulia dan layak berdekatan dengan Allah s.w.t .Memeliharanya merupakan amanah Allah. Oleh itu setiap individu hendaklah menginsafi bahawa pengisian hatinya mestilah lebih diutamakan .Kita wajib memerhati, mengambil berat dan mengikuti perkembangan hati agar berkesempatan meneliti keras lembutnya dan kepadatan darjah kepekaannya. Hati yang keras tidak mampu merenung sejenak, kenapa peristiwa hujan ribut sering berlaku, pokok-pokok besar yang teguh dan tidak berdosa turut patah, tumbang dan tercabut akar umbinya. Serta yang mati menyatakan itu memang lumrah dan bencana alam serta tabi’e sedangkan semua sudah diberikan peringatan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya di dalam Al-Quran.  Kalam Imam Ghazali sering mengingatkan kita bagaimana hendak mengenali hati , “Carilah hatimu di tiga tempat . Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran . Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu keti