Skip to main content

Hati , Kamu Sudah Bercinta Dengannya ?




Hati mempunyai keistimewaan yang boleh menjadikan seseorang itu semakin mulia dan layak berdekatan dengan Allah s.w.t .Memeliharanya merupakan amanah Allah. Oleh itu setiap individu hendaklah menginsafi bahawa pengisian hatinya mestilah lebih diutamakan.Kita wajib memerhati, mengambil berat dan mengikuti perkembangan hati agar berkesempatan meneliti keras lembutnya dan kepadatan darjah kepekaannya.

Hati yang keras tidak mampu merenung sejenak, kenapa peristiwa hujan ribut sering berlaku, pokok-pokok besar yang teguh dan tidak berdosa turut patah, tumbang dan tercabut akar umbinya. Serta yang mati menyatakan itu memang lumrah dan bencana alam serta tabi’e sedangkan semua sudah diberikan peringatan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya di dalam Al-Quran. 

Kalam Imam Ghazali sering mengingatkan kita bagaimana hendak mengenali hati ,

“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

pinta hati yang baru andai tidak temuinya!

Lihat sahabatku, betapa pentingnya mempunyai hati yang jernih dari karat jahiliyyah !

Imam Hassan Al Banna menasihatkan kepada kita ,

Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.

Ini sahabatku , antara cara yang munasabah untuk kita menjaga hati !


Yea , JAGA HATI !
Terus jaga hati untuk terus menjaga line connection dengan Allah agar Clear!



Pesanku sahabat ,

"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya"

Begitu jugalah dengan hati , jika kita hendakkan ketenangan pada hati , maka kembalilah pada ILAHI..
Diri kita jua yang menentukan samaada kita hendak dalam jahiliyyah ataupun tidak..ana , ant yang tentukan!

Takdir itu di hujung usaha manusia.

p/s : sue, ALLAH sedang berbicara dengan ent !





Comments

Popular posts from this blog

Ketika Aku Mati

Ketika aku mati Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini Jangan kau titiskan airmata Jangan kau mengeluh atau menyesal Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku Aku bukannya pergi Aku baru tiba menemui cinta yang abadi Ketika kau tinggalkan aku di kubur Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi syurga di sebaliknya Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad Sekarang saksikanlah aku bangkit Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma Ketahuilah... Ketika kuburan mendakap dirimu Saat itu jiwamu benar-benar bebas Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi, tidak menumbuhkan kehidupan baru? Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan manusia? Apa...

Remaja Harapan

Mereka, adik-adik saya di Pondok Bantan,Nakhon siThamarat Kita kena faham bahawa kita adalah harapan kepada ISLAM Hakikatnya, kita adalah PENJAGA ISLAM Sebab itu, kita kena lakukan yang terbaik dalam hidup . . . . . . . . . . . . . . . . Ungkapan ini, saya petik dalam novel Hilal Asyraf, Remaja Harapan. Tiap-tiap kali sudah saya baca, betul-betul refreshing. Dan saya amat menyukai novel ini, mengajar satu makna, bagaimana yang zero  boleh menjadi Hero.Daripada kosong kepada terulung. Masalah menghempap.Persekitaran menekan.Mereka tidak memahami.Rasa hidup tiada makna.Yea,saya pernah melalui.Untuk kembali pada yang asal,mengubati hati yang kecewa,mengambil masa. Terima kasih Allah, Dia hadiahkan buku ini. Sungguh, terubat. Alhamdulillah. . . .  . .  .  .  . .  .  .  . .  . Reflection. Cover . "Habis,kenapa nampak lemah?" "Malas," jawabnya sepatah. "Em? Takkan malas sampai makan pun sedikit, baca al-Quran pun kurang,per...

Catatan Hati : Pengembaraan ke Sempadan

Sa bai Di mai ??  Alhamdulillah moga-moga readers dalam keadaan baik dan Allah ampunkan kita atas segala dosa yang dilakukan .. amin ya rabbal alamin! Kesian blog ana ni dah bersawang, nilah akibat malas untuk memerah inisiatif agar blog ini sentiasa dihidupkan! Astaghfirullahal’azaimKalau nak bercerita tu memang banyaklah cerita yang nak dikongsikan bermula dari cuti hari tu lagi..musafir dari Selangor kmudian Kelantan dan kedah…sekarang ana di Thailand!! Ada apa dengan Thailand??? Sue,tak takut ke pergi thai tu..dah lah sekarang Negara tu tak stabil (..ade kemelut.) ..lagipun kau tu dah la perempuan tak sesuai nak pergi sana, dah lah anak tunggal perempuan .. so saya nak buat macam mana? Takkan lah disebabkan saya perempuan saya tak boleh pergi..sahabat? Saya berterima kasih pada sahabat yang ,mendoakan saya..alhamdulillah abah dan ibu memberikan restu..insyaALLAH kalau ikhlas kita buat kerja amal itu semuanya akan dipermudahkan…panjang betul intro!! 5 ...