Skip to main content

Dakwah...Maaf Saya SIBUK !!



"Aku bukan tak mahu ikut halaqoh dengan kau, tapi aku sibuk. Banyak assignment dan group discussion."

"Maaf ukhti, ana rasa ana tak dapat nak komitmen lagi dengan tarbiyah. Prestasi pelajaran ana merosot teruk."

S

I

B

U

K

SIBUK. Satu daripada 1001 macam alasan lagi yang sering diterima ketika seseorang diajak untuk ke program-program tarbiyah dan dakwah. Alasan sibuk memang terdengarnya relevan. Tetapi sungguh tidak rasional bagi mereka yang mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir. Mengapa?


Semua Orang Sibuk

Jika namanya manusia, apatah lagi seorang pelajar, tentulah kita sibuk. Kuliah yang perlu dihadiri, tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, dan pelbagai lagi tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.

Seorang bapa pula, jauh lebih sibuk. Mencari nafkah untuk meyara keluarga. Mendidik dan membimbing keluarga. Membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.

Namun yang pasti, mereka sentiasa ada masa untuk makan. Sentiasa ada masa untuk berehat dan tidur. Sentiasa ada masa untuk membaca surat khabar. Sentiasa ada masa untuk bermain bola di waktu petang. Sentiasa ada waktu untuk macam-macam lagi, kecuali hal-hal yang berkaitan dengan Islam, Dakwah dan Tarbiyah. Mengapa?

Realitinya

Sesibuk apapun kita, kita sentiasa punya 24 jam sehari untuk dihabiskan. Namun yang berbezanya adalah bagaimana cara ianya dihabiskan.

Ada yang biasa tidur 6 jam sehari di waktu malam. Bahkan ada yang tidur lebih lagi hingga 8 ke 9 jam sehari dicampur dengan tidur siang dan tidur dalam dewan kuliah.

Ada yang berbual-bual kosong, melayari internet, facebook dan bersosial ria hingga tanpa sedar, 3 jam berlalu sia-sia.

Jika kita ambil 1 jam sebagai contoh, pelbagai perkara boleh berlaku.

Dalam masa 1 jam, beberapa pasangan telah berzina dan beberapa orang anak luar nikah telah dilahirkan.

Dalam masa yang singkat itu juga, berapa banyak botol arak telah dituang,dan berapa ramai yang mengambil dadah dan ganja.

Dalam masa 1 jam juga,beberapa orang telah dibunuh, dirompak,diragut,dan dipukul.
Segalanya berlaku dalam masa 1 jam!

Pada sisi lain pula, banyak kebaikan berlaku dalam masa 1 jam. 

Bagi seorang pelajar, dalam masa 60 minit itu, sebuah sesi kuliah di sesebuah universiti berjalan. 

Bagi seorang suri rumah, sebuah lauk utama, sayur, dan nasi selesai dimasak dalam masa 1 jam.

Sebuah halaqah dapat dijalankan walau hanya sesi tilawah dan taujih.

Sebuah perbincangan telah selesai dengan satu agenda.

Sebuah perjalanan bas Plusliner daripada Seri Iskandar menuju ke Kuala Lumpur telahpun sampai Tapah!

Bagi mereka yang bertilawah, telahpun mendapat 1 juz tilawah serta tadabbur hanya dalam masa 1 jam.

Bagi mereka yang berdakwah, beberapa orang mad'u telah diziarahi dan disentuh hatinya dalam masa 1 jam.




 Pengalaman

Ramai mad'u saya yang tidak lagi mahu ditarbiyah bersama dengan alasan kesibukan. Masing-masing beralasan mahu fokus dengan pelajaran dan akan menjaga diri sendiri. Namun tidak sedikit yang saya temui membuktikan sebaliknya.

Ada yang sekarang tiap-tiap minggu turun ke Kuala Lumpur untuk sesi seminar Multi Level Marketing (MLM). Apa bezanya dengan kesibukan ikhwah-ikhwah yang setiap minggu berulang-alik dari Perak ke Selangor untuk mentarbiyah mad'u?

Ada yang sibuk dengan aktiviti persatuan. Mesyuarat berjam-jam, kadang-kadang hingga larut malam. Lepas mesyuarat singgah kedai mamak minum-minum bercampur lelaki perempuan bukan mahram sehingga jam 2 ke 3 pagi. Apa bezanya dengan kesibukan ikhwah-ikhwah yang berhalaqoh sehingga jam 3 pagi?

Benarlah kata-kata seorang ikhwah:

"Manusia ini, kalau tidak disibukkan dengan hal-hal dakwah, mereka tetap akan sibuk dengan hal-hal keduniaan."

Dan untuk hal-hal keduniaan, apatahlagi untuk hal-hal yang disukai oleh hawa nafsu, tidak pernah ada masalah atau alasan yang dikemukakan. Hanya untuk hal-hal yang berbau keislaman sahaja yang akan menjadi masalah. Kerana syaitan telah memainkan peranannya.

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui.
[Al-Baqarah, 2:268]

Untuk urusan keislaman, rugi terasa meluangkan masa.
Cuba kalau tiba-tiba kawan ajak main game atau tengok movie tambah-tambah cerita korea dan anime? Sukar sekali untuk ditolak. Walaupun esok ada test! Nampak sangat menipunye!


~Nampak sangat menipunye~


Penyelesaiannya : Letakkan Prioriti


Mengapa orang masih boleh makan walau sesibuk apapun dirinya? Kerana dia merasakan makan itu prioriti dan meninggalkannya suatu masalah.

Mengapa jika tiba-tiba seseorang sakit perut, dia pasti akan cari tempat tersorok untuk menyelesaikan hajatnya? Mengapa tidak beri alasan sibuk dan tiada masa lalu buang sahaja di mana-mana? Kerana malu dan maruah diri menjadi prioriti hidupnya.

Begitu juga jika kita menjadikan Dakwah dan Tarbiyah sebagai prioriti dalam hidup kita. Hendak atau tidak, kita tetap akan melapangkan masa. Jika kita mahu, semuanya boleh berlaku. Namun jika memang tidak mahu, tiada siapapun yang boleh membantu.

Kesibukan sudak pasti bukan alasan. Ia hanya perkataan busuk yang digunakan oleh mereka yang kontot akal fikirannya untuk melarikan diri daripada dakwah dan tarbiyah.

Kata-kata Ustaz Zikro:
"Simpalah alasan-alasan kamu itu dalam pendrive baik-baik. Nanti depan Allah SWT di akhirat, keluarkan, semoga Allah menerima alasanmu itu."

Ya-Allah, kekalkanlah kami untuk bersabar dalam kesibukan mempertahankan keimanan diri, keluarga, ikhwah-akhwat dan orang-orang yang beriman.

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
[Al-Kahfi, 18:28]


p/s :
 Duhai hati,

Terima kasih kerana engkau semakin kental. Terima kasih kerana engkau semakin memulih. Aku cuma mahukan engkau sentiasa sihat diisi dengan baja keimanan.


 To all readers~ =) Wah, semangat dah kembali, konon la tak ada semangat eak?


Doakan saya yea sahabat2,moga2 setiap kesusahan itu akan dituruti dengan kesenangan dalam mencurahkan jawapan di helaian2 kertas..ermm..


esok medan jihad bagi seorang student akan bermula.(^^)V


~semangat untuk menghafal~ WAJIB !!!


Tak nak coret-coret lagi...


Moga-moga mendapat ibrah..insyaALALH..


jom koreksi diri !! ~MESTI~


Comments

  1. ckp pasal MLM..nah.ni bg penggemar MLM..kasi baca sikit blog ni.

    http://aididmuaddib.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. bg yg terlmpau sibuk untuk join aktiviti2 sebegini, ape yg kita boleh buat.. berkawanlah dengan dorng..bg contoh terbaik. semoga nanti hati dorng terbuka untuk dakwah...dan tak sibuk dah..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....
    perkongsian yang mantap, teruskan... moga istiqamah, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. salam..nice entry...kongsi bersama...

    ReplyDelete
  5. kupasan menarik, ringkas tapi significant. selalu bila berhadapan dengan orang macam ni, libatkan diri kita dengan mereka. kalau sibuk dengan alasan nak study, study sama2 dengan dia. kalau alasan nak makan, makan sama2 dengan dia. bila dah selalu buat kerja sama2, InsyaAllah dia akan ada masa pula untuk tarbiah. :)

    ReplyDelete
  6. TAPI SAYANG NYA KDGKALA TANPA KITA SEDAR KITA TERLALU CEPAT MENGHUKUM....APAKAH BENAR DIA SIBUK?,APAKAH BENAR DIA TIDAK SUKA DGN AKTIVITI KEAGAMAAN?ALASAN SIBUK MGKIN KITA SENDIRI YG MENTAFSIRKANNYA...BERHATI-HATILAH DLM MENILAI..PASTI FITRAH MANUSIA SUKAKAN KEBAIKAN...DIA PASTI ADA ALSAN TERSENDIRI...HANYA DIA YG TAHU APA YG DIBUTUHKANNYA...KDGKALA TANPA KITA SEDAR JUGA DGN BERANGGAPAN SEBEGINI KPD ORG TERSEBUT MEMBUATKANNYA DIA JAUH HATI DN SUKAR MENERIMA AJAKAN KITA...INSYALLAH DIA PASTI TAHU APA YG DILAKUKANNYA,,,JGNLAH CEPAT BERBURUK SANGKA...HATI2 TU JUGA PERLU DIJAGA....

    ReplyDelete
  7. Salam...
    Terima kasih kerana menyebarluaskan artikel saya di blog anda...
    Untuk ke depan, tolong letak link ke blog saya, supaya soalan seperti anonymous di atas dapat dijawab oleh penulis dengan benar.

    To Anonymous:
    Insya-Allah kita semua akan terus berbaik sangka. Dan berbaik sangka juga perlu disikapi dengan baik. Bukan terhadap mereka yang dikomen sahaja (mereka yang kononnya sibuk) tetapi juga kepada mereka yang memberikan komen (penulis artikel). Memberi alasan tidak mahu berada bersama, walau telah diajak beberapa kali, dengan alasan yang nampaknya sungguh relevan, tetapi tidak jarang kebanyakkan alasan-alasan yang direka. Jika tidak berada di padang, kita tidak tahu bagaimana rasanya letih mengejar bola dan betapa sukarnya untuk menyumbat gol. Mereka yang berada di kerusi penonton pula, hanya tahu mengomen dan memerli pemain-pemain.

    Akhir sekali, semoga kita semua sentiasa disibukkan dengan hal-hal kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Amiin..

    ReplyDelete
  8. terima kasih umair zulkifli..montak maaf atas ketiadaan linknya...sebab artikel ini ana dapat dari seorang sahabat...terima kasih yer..
    semoga allah redha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hujan Sebelum Pelangi

. . Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Pernahkah sekali kita memahami alam. " Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "   " Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? " Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam

انا رمى من رماية الأسلام..." فارمى أين ما شئت"!!!

  “Pemuda ialah sebuah tenga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”    -Fathi Yakan.-                                               Dr Abdullah Azam mengatakan bahawasanya : Setiap muslim adalah singa.  singa akan melahirkan anak singa. tapi sistem jahiliyah telah melatih anak2 singa menjadi kijang yg pengecut.    Apa yang kita dapat memahami dari kata-kata Dr.Abdullah Azam ini..  Sistem jahiliyah yang bagaimana yang menjadikan anak-anak singa ini  menjadi seekor kijang yang pengecut??   Tetapi perlu ketahui juga..   Allah telah takdirkan bahawa PENJARA bukanlah tempat asing dalam kamus para pejuang agama ALLAH SWT,jeriji besi serta palang penjara boleh bertukar menjadi gobok pertapaan dalam mencari kejernihan hati,juga mampu menjadi institusi perk

Rehlah Yang Memberi Erti...

Adakah kamu tidak percaya dengan qalam Ilahi ? Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Al-Anfaal 8:63 ) Siapa yang dapat menyatukan hati-hati kita? Kalau bukan Dia , siapa lagi..ALLAH..... Alhamdulillah.. Hanya itu yang mampu ku katakan.. Hanya itu yang mampu terukir di bibir.. Semoga keredhaan dan kerahmatanNya mengiringi setiap detik dan langkah hambaNya yang dahagakan kasih sayangNYA.. Selamat dan aman sudah rancangan terakhir Majmuah 5 (mungkin ada lagi....masul ? ) Rehlah Tarbawi yang memberi seribu satu makna.. Yang mengikat hati-hati kami.. Yang memberi peluang untuk mengenali dan dikenali.. Yang mengajar erti kesabaran , erti ke"senyum"an, erti ke&quo