“Pemuda ialah sebuah tenga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.” -Fathi Yakan.- Dr Abdullah Azam mengatakan bahawasanya : Setiap muslim adalah singa. singa akan melahirkan anak singa. tapi sistem jahiliyah telah melatih anak2 singa menjadi kijang yg pengecut. Apa yang kita dapat memahami dari kata-kata Dr.Abdullah Azam ini.. Sistem jahiliyah yang bagaimana yang menjadikan anak-anak singa ini menjadi seekor kijang yang pengecut?? Tetapi pe...
. . Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Pernahkah sekali kita memahami alam. " Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? " " Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? " Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam...
Salam sayang sahabat-sahabatku sekalian.. moga-moga setiap hari iman kita bertambah baik.. Ya ALLAH jadikanlah aku setiap hari...setiap hari bertambah baik... Ya ALLAH jauhkanlah aku daripada sifat berprasangka buruk... Ya ALLAH hiasilah peribadiku dengan sifat-sifat mahmudah..jauhkanlah aku daripada sifat mazmumah... Kurniakanlah aku seseorang yang aku boleh mempercayainya... .... mood : Muhasabah... Terlalu banyak ku meminta kepadaMU ya ALLAH.. Apakah diri ini..sudah memenuhi perintahmu.. Adakah aku seorang hamba yang betul-betul memenuhi kehendakMU.. Ya rabb..aku memohon..hijabkanlah aku dari perkara maksiat... semoga hari yang mendatang.. lebih baik dari hari-hari semalam... insyaALLAH.... Teguhkanlah iman hambaMU ni ya ALLAH... Doakan saya sentiasa sentiasa thabat... ~konflik~
Comments
Post a Comment