Skip to main content

Teruji dan Diuji .. Bagaimana Rasanya ?


In The Name Of Allah...

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar..

Kekangan masa untuk bersua di ruangan berblogging ni membuatkan diri ini rindu akannya!

Semoga ALLAH redha dengan segala usaha yang dilakukan..insyaALLAH..
Kesepian yang melanda diri ini seakan-akan mahu saje mencoretkan segala peristiwa , semua tragedi yang berlaku.. cuma masa yang sesuai pasti ada.

Image Detail

Kesedihan , satu mutiara yang ingin digilap meninggalkan bumi tarbiyah ini.. saya yakin ini ujian untuk "dia" dan kami yang masih hidup di bumi barakah ini . Semoga ALLAH menguat dan memegang hatinya , semoga dia thabat mengharungi dunia ini .. adikku  semoga dikau tabah , akak sentiasa mendoakan kamu , akak tak akan meninggalkan kamu ..

Teruji dan diuji..

Sepanjang 2012 banyak ujian yang melanda .. saya yakin Dunia ini Ujian ! Setiap saat kita hidup , kita bernafas , dari buka mata hingga pejamkan mata semua yang berlalu ujian .. takutkan bunyinya .. tapi semua tu perlu kita hadapi .. jangan lari !

Sama ada kita suka atau tak , Allah menguji kita .. selalunya kita akan mengeluh apabila sesuatu yang datang itu  tidak kita sukai , betol kan ? majoritinya begitulah..

Firman Allah s.w.t ,


A003

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

( Al-'Ankabut 29:3 )



Lihat .. Allah dah nyatakan dalam qalamnya .. Ingatlah wahai diriku , ujian itu untuk melihat samaada dikau benar-benar beriman atau berdusta ! Peganglah janji ALLAH , DIA pasti tidak akan mengecewakanmu wahai diriku !

Sabar , please !


Allah amat sayang akan kita , percaya atau tidak , wahai diri anda perlu mempercayainya .. Lihat Allah berfirman ,


A057

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.


Kan terbukti.. ALLAH hadiahkan kita Sebuah Al-Quran , Allah senantiasa bagi nasihat , motivasi , kasih sayangNYA , rahmatNYA ... hanya tinggal tindakan kita, samaada mahu mengambilnya ataupun tidak.

Al-Quran adalah untuk yang hidup . Maka bagi kita yang masih hidup ini, baca dan ambillah manfaat dengan memahaminya . Jangan menyesal andai mati mendatangi kita dahulu !

Ok..

Sekarang , wahai diri , ambil sekeping kertas A4 dan sebatang pen ..


1) Senaraikan semua yang anda rasa perkara itu 'ujian' buat diri anda ..
2) Senaraikan semua kenikmatan yang anda lalui dan rasai sepanjang anda hidup

Agak-agaknya , mana yang paling senang anda senaraikan , mana yang paling susah anda fikirkan?Muhasabah kembali , antara kedua-duanya adalah ujian .. percaya atau tidak , terserah pada anda..

Kesusahan , kenikmatan , kesenangan adalah ujian.. cuma anda perlu mencorakkan , bagaimana anda nak mengunakannya kearah kebaikan , ujian untuk anda dilatih supaya bersabar , bijak memilih , pengorbanan ..antara realiti dan fantasi . itulah hakikatnya.

Semoga ALLAH redha..
Rasenya coretan kali ini tak kena dengan tajuknya .. so , fighting untuk baiki lagi Insyirah !
Memang rindu akan blog ini !

p/s :


“Sometimes Allah closes all the doors and locks all the windows. During those times it’s 


nice to think that maybe there’s a storm outside and Allah wants to save you.”


- sedang berjinak-jinak -

Comments

Popular posts from this blog

Hujan Sebelum Pelangi

. . Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Pernahkah sekali kita memahami alam. " Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "   " Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? " Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam...

انا رمى من رماية الأسلام..." فارمى أين ما شئت"!!!

  “Pemuda ialah sebuah tenga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”    -Fathi Yakan.-                                               Dr Abdullah Azam mengatakan bahawasanya : Setiap muslim adalah singa.  singa akan melahirkan anak singa. tapi sistem jahiliyah telah melatih anak2 singa menjadi kijang yg pengecut.    Apa yang kita dapat memahami dari kata-kata Dr.Abdullah Azam ini..  Sistem jahiliyah yang bagaimana yang menjadikan anak-anak singa ini  menjadi seekor kijang yang pengecut??   Tetapi pe...

Ketika Aku Mati

Ketika aku mati Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini Jangan kau titiskan airmata Jangan kau mengeluh atau menyesal Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku Aku bukannya pergi Aku baru tiba menemui cinta yang abadi Ketika kau tinggalkan aku di kubur Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi syurga di sebaliknya Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad Sekarang saksikanlah aku bangkit Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma Ketahuilah... Ketika kuburan mendakap dirimu Saat itu jiwamu benar-benar bebas Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi, tidak menumbuhkan kehidupan baru? Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan manusia? Apa...