Skip to main content

Bila Hati Terluka..



***************

"Enti ada masalah ya?" berbunga rasa hati bila diberi perhatian.

"Enti dah makan belum? Ana belanja yuk." Sejuk hati mendengar ajakan seorang teman.

Bersyukur saat-saat kita dirundum masalah bahkan hati tidak tenteram, muncul sahabat yang memberi sentuhan persahabatan. Ibarat dapat membaca galau di hati ini. Masalah itu pelbagai, akan tetapi apabila sebuah persahabatan diganggu gugat itu lebih menyakitkan. Entah di mana silapnya. Termenung panjang...

 

 Hati manusia biasa mudah terluka bila putus cinta, tapi hati manusia luar biasa, pejuang di jalan Allah, sarat dengan cinta pada Allah, sahabat itu juga permata dan kekasih hatinya...
Sahabat antara puzzle yang melengkapkan kehidupan manusia. Setiap sesuatu ada ujiannya. Tatkala hati terluka kerana sahabat, jangan dibiarkan syaitan membisikkan keretakan. Kita harus bijak mendidik emosi. Beri masa pada diri. Beri masa pada sahabatmu.

"Kenapa enti buat ana macam ni ?" ketidakpuasan hati seorang sahabat selepas salah menilai niat baik sahabatnya sendiri. Mereka sedang diuji.

"Ala enti apa kurang," kata-kata bisa ketika ajakan kebaikan dibalas acuh tidak acuh.

"Semua orang ada masalah, selesaikan dulu sebelum sibuk nak tau masalah orang lain,"

Kita mungkin sesekali terluka. Bahkan mungkin berkali-kali. Terluka dalam ajakan dakwah, Terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhwah. Ukhwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika. Ini baru satu dua ujian buatmu wahai pembawa agama. Bukan semuanya berita sedih dan duka.

Ketahuilah diri kita dan sahabat kita tidak sama. Ada ruang, dia perlu bersendiri. Ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati. Ada ketika, dia datang minta dinasihati. Pelbagai ragam sungguh sebuah persahabatan ini.

Lukanya hatimu saat ini adalah kerana cintamu padanya kerana Allah. Sama-sama ingin ke syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka. Bagi dirimu yang terluka, rawatilah... Luka itu akan sembuh semula...Kepada Allah kita mengadu cerita. Coretan untuk ana dan semua. Moga ketenangan buat diriku, sahabatku dan kalian yang membaca. Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan. Apatah lagi dengan teman, sahabat dan keluarga kita semua. Salam mahabbah buat semua..
Doa kalian ana harapkan.
Moga Allah redha kalian
Moga Allah sayang kalian.





  p/s : manusia sering melupakan apa yang ada di depan matanya..betul kan??

      bila dah tiada mulalah menyesal !

Maj 5 <3 Maj 8



















  



Comments

Popular posts from this blog

Dakwah...Maaf Saya SIBUK !!

"Aku bukan tak mahu ikut halaqoh dengan kau, tapi aku sibuk. Banyak assignment dan group discussion." "Maaf ukhti, ana rasa ana tak dapat nak komitmen lagi dengan tarbiyah. Prestasi pelajaran ana merosot teruk." S I B U K SIBUK. Satu daripada 1001 macam alasan lagi yang sering diterima ketika seseorang diajak untuk ke program-program tarbiyah dan dakwah. Alasan sibuk memang terdengarnya relevan. Tetapi sungguh tidak rasional bagi mereka yang mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir. Mengapa? Semua Orang Sibuk Jika namanya manusia, apatah lagi seorang pelajar, tentulah kita sibuk. Kuliah yang perlu dihadiri, tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, dan pelbagai lagi tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa. Seorang bapa pula, jauh lebih sibuk. Mencari nafkah untuk meyara keluarga. Mendidik dan membimbing keluarga. Membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Namun yang pasti, mereka s...

Catatan Hati : Pengembaraan ke Sempadan

Sa bai Di mai ??  Alhamdulillah moga-moga readers dalam keadaan baik dan Allah ampunkan kita atas segala dosa yang dilakukan .. amin ya rabbal alamin! Kesian blog ana ni dah bersawang, nilah akibat malas untuk memerah inisiatif agar blog ini sentiasa dihidupkan! Astaghfirullahal’azaimKalau nak bercerita tu memang banyaklah cerita yang nak dikongsikan bermula dari cuti hari tu lagi..musafir dari Selangor kmudian Kelantan dan kedah…sekarang ana di Thailand!! Ada apa dengan Thailand??? Sue,tak takut ke pergi thai tu..dah lah sekarang Negara tu tak stabil (..ade kemelut.) ..lagipun kau tu dah la perempuan tak sesuai nak pergi sana, dah lah anak tunggal perempuan .. so saya nak buat macam mana? Takkan lah disebabkan saya perempuan saya tak boleh pergi..sahabat? Saya berterima kasih pada sahabat yang ,mendoakan saya..alhamdulillah abah dan ibu memberikan restu..insyaALLAH kalau ikhlas kita buat kerja amal itu semuanya akan dipermudahkan…panjang betul intro!! 5 ...

InDAHnya BerJemAah..

********************  Tangan ini erat dipaut oleh teman seperjuangan,                                                     Seperti mana telah tertautnya hati-hati ini. Terbentuklah sebuah liqo', Tanda ukhuwah yang tak akan putus. Lalu laungan tauhid terbit lantang dari bibir seorang ketua. Dan wahdah pun bergema, Menyatukan hati-hati para perindu syahid di jalanNya. Qalbu ini bergetar mengenangkan kehebatan Sang Khaliq. Dia yang menunaikan janjiNya, Dia yang memenangkan hambaNya, Dia yang memuliakan tenteraNya, Dan Dia mengalahkan musuhNya berseorangan. Hebatnya Dia, kerdilnya diriku, bisik hati ini. susah sahabat susah kami ; senang sahabat senang kami Ya Rabb,                                                 ...