Skip to main content

ADAKAH AKU SEORANG DAIE'..??


Kitakah Pendakwah?.. 

Satu Muhasabah Jujur....



Seorang Daie bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan.

Sedangkan kita selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam

Seorang Dai'e mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit.

Kita sering terlupa membaca Al-Quran dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari

 Seorang Daie amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia
melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat.

Kita kurang memberi perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan

Seorang dai'e selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Kita sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat

Seorang Daie suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri


Kita cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain

Seorang Daie rumahtangganya dihiasi dengan biah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Quran atau nasyid-nasyid Islami.

Kita rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Quran, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak

Seorang dai'e menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan menetapkan sesuatu dengan benar.

Kita sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain

Seorang Daie jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa besar dan tidak pendendam.

Kita jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar

Seorang Daie menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat.

Kita mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat



Seorang Daie memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah.

Kita tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai

Seorang Daie tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak.

Kita boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah



Seorang Daie sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam.

Kita menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah .


Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah.

Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!

 Kesimpulannya, pendakwahkah kita?
Renungkanlah wahai hamba ALLAH yg lemah.. 

Astagfirullahalazim....

Comments

Popular posts from this blog

Dakwah...Maaf Saya SIBUK !!

"Aku bukan tak mahu ikut halaqoh dengan kau, tapi aku sibuk. Banyak assignment dan group discussion." "Maaf ukhti, ana rasa ana tak dapat nak komitmen lagi dengan tarbiyah. Prestasi pelajaran ana merosot teruk." S I B U K SIBUK. Satu daripada 1001 macam alasan lagi yang sering diterima ketika seseorang diajak untuk ke program-program tarbiyah dan dakwah. Alasan sibuk memang terdengarnya relevan. Tetapi sungguh tidak rasional bagi mereka yang mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir. Mengapa? Semua Orang Sibuk Jika namanya manusia, apatah lagi seorang pelajar, tentulah kita sibuk. Kuliah yang perlu dihadiri, tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, dan pelbagai lagi tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa. Seorang bapa pula, jauh lebih sibuk. Mencari nafkah untuk meyara keluarga. Mendidik dan membimbing keluarga. Membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Namun yang pasti, mereka s...

Catatan Hati : Pengembaraan ke Sempadan

Sa bai Di mai ??  Alhamdulillah moga-moga readers dalam keadaan baik dan Allah ampunkan kita atas segala dosa yang dilakukan .. amin ya rabbal alamin! Kesian blog ana ni dah bersawang, nilah akibat malas untuk memerah inisiatif agar blog ini sentiasa dihidupkan! Astaghfirullahal’azaimKalau nak bercerita tu memang banyaklah cerita yang nak dikongsikan bermula dari cuti hari tu lagi..musafir dari Selangor kmudian Kelantan dan kedah…sekarang ana di Thailand!! Ada apa dengan Thailand??? Sue,tak takut ke pergi thai tu..dah lah sekarang Negara tu tak stabil (..ade kemelut.) ..lagipun kau tu dah la perempuan tak sesuai nak pergi sana, dah lah anak tunggal perempuan .. so saya nak buat macam mana? Takkan lah disebabkan saya perempuan saya tak boleh pergi..sahabat? Saya berterima kasih pada sahabat yang ,mendoakan saya..alhamdulillah abah dan ibu memberikan restu..insyaALLAH kalau ikhlas kita buat kerja amal itu semuanya akan dipermudahkan…panjang betul intro!! 5 ...

InDAHnya BerJemAah..

********************  Tangan ini erat dipaut oleh teman seperjuangan,                                                     Seperti mana telah tertautnya hati-hati ini. Terbentuklah sebuah liqo', Tanda ukhuwah yang tak akan putus. Lalu laungan tauhid terbit lantang dari bibir seorang ketua. Dan wahdah pun bergema, Menyatukan hati-hati para perindu syahid di jalanNya. Qalbu ini bergetar mengenangkan kehebatan Sang Khaliq. Dia yang menunaikan janjiNya, Dia yang memenangkan hambaNya, Dia yang memuliakan tenteraNya, Dan Dia mengalahkan musuhNya berseorangan. Hebatnya Dia, kerdilnya diriku, bisik hati ini. susah sahabat susah kami ; senang sahabat senang kami Ya Rabb,                                                 ...