Skip to main content

Posts

MASALAH ITU BIASA.

Masalah itu biasa bagi orang yang beriman.. Masalah itu bermasalah bagi orang yang tidak yakin akan janji TuhanNya. Jadi , kita hendak meletakkan diri di tempat yang mana? Takdir itu di hujung usaha manusia. Setiap manusia mempunyai masalah, itu biasa.  Tidak penting sebanyak mana masalah yang datang, yang penting bagaimana kita berdepan dengan masalah tersebut.  Masalah adalah peluang.  Bagi orang yang berniaga, masalah adalah duit.  Makin besar risiko sesebuah perniagaan, semakin besar keuntungan yang bakal dikecapi dan semakin luas juga peluang untuk mengalami kerugian.  Begitu juga dengan manusia, masalah menjadi peluang yang baik apabila kita pandai mengatasi masalah tersebut bukan dengan mengelak diri tetapi berdepan dengan kenyataan.  Bila kita mengelak, masalah tidak selesai bahkan boleh menjadi lebih Besar! Qalam ALLAH dalam KitabNYA.. Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi  mas...

2012

Semoga ALLAH redhA untuk Tahun Baru ini.. Pejam celik..buka mata , kita semua dah melangkui angka '2012'.. Untuk kamu yang berlari mengejar tahun 2012 , " Setiap hari merupakan 'tahun baru' kerana orang islam yang beruntung itu akan lebih baik dari hari semalam.." Setiap dari kita pasti ada sesuatu yang ingin dilakukan.. Tetapkan Niat..Kuatkan Azam..Baiki Mutabaah Amal kita.. Tarbiah diri jangan dilupakan.. Sedikit perkongsian , ‎"Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang  putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu  tidak  lama, ia akan jatuh. Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang  mengikatnya. Begitu juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Tuhan dengan    manusia yang terikat dengan Tuhan." Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, 12 Febuari 2010. Moga-moga ta...

Hati , Kamu Sudah Bercinta Dengannya ?

Hati mempunyai keistimewaan yang boleh menjadikan seseorang itu semakin mulia dan layak berdekatan dengan Allah s.w.t .Memeliharanya merupakan amanah Allah. Oleh itu setiap individu hendaklah menginsafi bahawa pengisian hatinya mestilah lebih diutamakan .Kita wajib memerhati, mengambil berat dan mengikuti perkembangan hati agar berkesempatan meneliti keras lembutnya dan kepadatan darjah kepekaannya. Hati yang keras tidak mampu merenung sejenak, kenapa peristiwa hujan ribut sering berlaku, pokok-pokok besar yang teguh dan tidak berdosa turut patah, tumbang dan tercabut akar umbinya. Serta yang mati menyatakan itu memang lumrah dan bencana alam serta tabi’e sedangkan semua sudah diberikan peringatan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya di dalam Al-Quran.  Kalam Imam Ghazali sering mengingatkan kita bagaimana hendak mengenali hati , “Carilah hatimu di tiga tempat . Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran . Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ...

Rahsia Al-Fatih takluki Konstantinople.

Semoga ALLAH meredhai setiap jiwa-jiwa yang sedang berusaha mengajak manusia lain kearah kebaikan! Adakah anda pernah mendengar nama  Sultan Muhammad al Fatih ? Ya... Tidak..? Konstantinople ? Tidak.. Anda tahu apa itu konstantinople?Siapa Sultan Muhammad al Fatih? Kalau yang dah tahu,anggaplah kita sedang meng'refresh' balik sejarah. Yang tak tahu,jom kita teroka. Ops, tunggu sebentar! Pesan saya : Buta sejarah,OK lagi,tapi JANGAN Buta Sirah Islam! Ok,sekarang betulkan posisi anda,lapangkan minda,rehatkan dada dan jangan lupa bukalah laluan  kedalam hati anda.  Ayuh ! Konstantinople   kedudukannya Kota milik empayar Byzantine merupakan sebuah kota yang memiliki pertahanan yang amat menakjubkan .  ni sekadar gambaran, yang sungguh masyaALLAH..ALLAHUA'LAM ! Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bhosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh, a...

Hikmah : Tidakkah kamu mengerti?

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?"  [6:32]

Mencari Sinar

Semoga ALLAH redha .. Kali ini,datang satu perasaan,yang saya pun kurang mengerti.. Hanya mampu ku doakan beri yang terbaik untuk sahabat-sahabat dan diriku sendiri.. Terasa sakit bila melukai orang yang kita sayang.. Tapi benarlah keegoan itu melampui segala-galanya.. keputusan yang tepat saat keputusan itu diambil Benarkah keputusan ini.. Andai ini dibuat melalui emosi,maka sia-sia sahaja.. Ya ALLAH, sinarkanlah cahaya kebenaranMU atas setiap pilihan dan usahaku.. Saya perlu mencari jawapan.. Sahabat, berikan aku masa.. Berikan aku masa mengapa aku berada disini Berikan aku masa.. Jangan memaksa! Andai apa yang aku pilih jalan bukan jalan selari dengan kalian.. Ini yang terbaik.. Tinggalkan aku..itu yang terbaik.. ti feel sad but i dont no WHY? La Tahzan..       Kesepian yang melanda,tiada apa-apa lakaran yang mewarnai hidup ini.. TIME : MUHASABAH KOREKSI DIRI

Hikmah : Tahun Baru

Salam Tahun Baru... Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11) Sabda Rasulullah SAW: "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia"   (   Muslim dan Tarmidzi)