Skip to main content

Posts

InDAHnya BerJemAah..

********************  Tangan ini erat dipaut oleh teman seperjuangan,                                                     Seperti mana telah tertautnya hati-hati ini. Terbentuklah sebuah liqo', Tanda ukhuwah yang tak akan putus. Lalu laungan tauhid terbit lantang dari bibir seorang ketua. Dan wahdah pun bergema, Menyatukan hati-hati para perindu syahid di jalanNya. Qalbu ini bergetar mengenangkan kehebatan Sang Khaliq. Dia yang menunaikan janjiNya, Dia yang memenangkan hambaNya, Dia yang memuliakan tenteraNya, Dan Dia mengalahkan musuhNya berseorangan. Hebatnya Dia, kerdilnya diriku, bisik hati ini. susah sahabat susah kami ; senang sahabat senang kami Ya Rabb,                                                 ...

Dakwah...Maaf Saya SIBUK !!

"Aku bukan tak mahu ikut halaqoh dengan kau, tapi aku sibuk. Banyak assignment dan group discussion." "Maaf ukhti, ana rasa ana tak dapat nak komitmen lagi dengan tarbiyah. Prestasi pelajaran ana merosot teruk." S I B U K SIBUK. Satu daripada 1001 macam alasan lagi yang sering diterima ketika seseorang diajak untuk ke program-program tarbiyah dan dakwah. Alasan sibuk memang terdengarnya relevan. Tetapi sungguh tidak rasional bagi mereka yang mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir. Mengapa? Semua Orang Sibuk Jika namanya manusia, apatah lagi seorang pelajar, tentulah kita sibuk. Kuliah yang perlu dihadiri, tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, dan pelbagai lagi tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa. Seorang bapa pula, jauh lebih sibuk. Mencari nafkah untuk meyara keluarga. Mendidik dan membimbing keluarga. Membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Namun yang pasti, mereka s...

Sekadar PerkONgsian : SetItiS PeNa SeCETus rasA

Salam Sayang..Moga-moga Hari ini penuh bermanfaat untuk kita semua.. Hari Jumaat..Hari yang penuh barakah.. insyaALLAH...semoga dipermudahkan... jom selawat dulu Sedang sibuk menyelesaikan kerja..tetiba terjumpa satu artikel yang pernah saya nukilkan untuk sahabat-sahabat APIUM... Teringin pula hendak mengPost di BLOG ini..yelah blog ni pun sering dilanda kesunyiaan... Moga-moga kita semua mendapat manfaat darinya ..amin =) ********** بسم الله الرحمن الرحيم.... الحمدلله رب العلمين..والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه اجمعين.... Alhamdulillah..alhamdulillah…syukur kehadrat ILLAHI dengan limpah kurnia dan inayahNYA… kita masih dapat merasai lagi nikmat iman dan islam.. setinggi-tinggi pujian bagi ALLAH Rabbul Alamin… selawat dan salam keatas rasulullah s.a.w kesejahteraan dan kemuliaan bagi para syuhada’,mujahidin dan amilin yang sentiasa berjuang bagi menegakkan dan meninggikan kalimah ALLAH….. Salam penuh himmah dan kemuliaan buat sahabat-sahabat….. ...

Perjuangan Hassan Al Banna masih subur lagi...

Salam Mahabbah sahabat-sahabat.. Kesibukan dan kealpaan sering mengundang diri ini... Hari ini jom kita bicarakan tentang seorang pejuang islam yang begitu banyak sumbangkan baktinya pada ISLAM.. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini. Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindun...

Perkongsian : Menulis untuk menyentuh HATI...

Dalam kesibukan Allah memberi saya ruang untuk mencoret sesuatu ..moga-moga entry kali ini dapat mendekatkan diri kita dengan Illahi..insyaALLAH.. Entahlah sama ada tindakan saya ini betul atau tidak..tetapi hati ini ingin bertanya sesuatu yang sering bermain di minda..mungkin ini caranya.. Mungkin ini dapat menjadi saham akhirat saya kelak...(dalam hati saya mengaminkan..) Alhamdulillah serba sedikit saya mendapat jawapannya... Sahabat-sahabat nak tau apa yang sering bermain di legar fikiran saya?? Ini antaranya : Bagaimana nak menjadi ''penulis'' yang benar2 menyentuh hati2 mad'u. Yildirim Fath ?? Yildirim Fath  sebentar,, Yildirim Fath  yg ini berkaitan dgn blog ke?,,klau berkaitan dgn blog, ana akan kongsi kan berkaitan blog..kalau tak berkaitan tak mengapa,,ana akan kongsikan jugak...perkara asas,kita tgk blog kita dulu,berat atau ringan? lagi satu penulisannya bagaimana..bhs kena mudah,font tulisan,kena justify,,ka...