Skip to main content

Kerana Sebuah Tarbiyyah..



Dengan asma Tuhan Yang Husna
Izinkan aku berbicara
Segala puji hanya untuk Nya
Tuhan buat sekalian alam
Dan selawat ke atas Muhammad,sollallahu alaihi wasallam


Bukan aku mahu mengadu..
aku mengharap engkau faham mengapa aku menulis..

Terkadang,
mereka bertanya kepadaku,
Apa gunanya tarbiyyah ini?
Apa baiknya jalan da’wah ini?

Apa mereka tak bisa melihat semua itu?

Kerana sebuah tabiyyah,
Aku merelakan segala sakit-sakit
Baik di tubuh ,jasad,hati walau segala
rintangan mendatang aku beranikan diri untuk menghadapi

Kerana sebuah tarbiyyah,
Aku menanggung malu,amarah,sedih dan
segala apa yang tak mungkin pernah aku rasakan
Seandainya aku tidak di atas jalan ini


Kerana sebuah tarbiyyah,
Duniaku bukanlah milikku lagi
Hatiku bukanlah milikku lagi

Aku tukarkan segalanya
Aku serahkan segalanya
Untuk mereka…
Segalanya itu tiada ertinya lagi
Bukan untukku
Melainkan untuk mereka semua

Kerana sebuah tarbiyyah
Aku tak lagi melihat melainkan mereka
Dan engkau bertanya lagi..
Mengapa perlunya tarbiyyah itu?
Mengapa mesti da’wah yang kau pilih?
Mengapa harus sesgalanya kau korbankan semata demi itu semua?

Kerana sebuah tarbiyyah
Aku kini mampu berdiri sendiri
Meski seluruh dunia mela wan
Meski setiap hati menolak aku
Aku akan tetap menggengam bara api itu
Kerana hidupku hanyalah untukNya
Kerana matiku hanyalah untukNya

Kerana sebuah tarbiyyah
Duniaku yang sempit
Kini bertukar menjadi seluas alam
Luas,seluas langit biru yang terbentang!
Duniaku tak lagi kontang tanpa jirusan air yang membasahi hati-hati
Menghidupkannya..
Kerana akulah yang mahu menjadi seperti titis-titis hujan basah itu

Kerana sebuah tarbiyyah
Maafkan kerana terpaksa mengatakan hal ini
Kini aku bisa melihat
Kalau dulu aku sangka engkaulah peneman
Mungkin kini engkau berubah menjadi lawan
Hanya kerana tarbiyyah itu


Namu aku redhakan semua itu kerana aku yakin
Hati-hati yang berkumpul untuk mendaulatkan syariatNya 
Suatu hari nanti pasti akan bertemu jua
Jika tidak di dunia
InsyaALLAH ,taman-taman syurga pasti menjadi saksi
segala darah,peluh,luka-luka pasti akan terubat
Oleh sebuah tarbiyyah itu..

Kerana  sebuah tarbiyyah
Engkau yang dulu aku sangka permata
AKAN tetapku anggap sebagai permata
Kerana engkau lah permata mesti engkau menyakiti
Selagi mana masa tidak terhenti
Akan terus aku anggap engkau sebagai permata 
Yang aku cinta

Aku takkan pernah terdaya untuk membenci..
Kerana sebuah tarbiyyah 
Kerana jua tarbiyyah itu..
Segala yang dihinakan meski kekal hina di dunia
Namun pasti dengan izinNya mulia di daerah sana
Kerana itulah yang kita perjuangkan selama ini

Kerana sebuah tarbiyyah telahpun dipilih pada saat itu
Dan takkan mampu untuk berpaling lagi
Kerana fahamnya kita
Dan yang paling mudah sekali
Kerana cintanya kita pada NYA
Dan kita merasa bahagia
Cukuplah dengan itu

TETAPLAH DI JALAN INI WALAU APA PUN...

p/s : sedang ditarbiah oleh ALLAH ,andai saya ni memandang positif !!

Comments

  1. Semoga,

    segala sakit lelah itu,
    dibayar syurgaNya kelak.

    :')

    may Allah ease.
    salam ukhuwwah :)

    ReplyDelete
  2. salam ukhuwah sahabat..
    insyaALLAH,JANJI ALLAH ITU PASTI !!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

انا رمى من رماية الأسلام..." فارمى أين ما شئت"!!!

  “Pemuda ialah sebuah tenga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”    -Fathi Yakan.-                                               Dr Abdullah Azam mengatakan bahawasanya : Setiap muslim adalah singa.  singa akan melahirkan anak singa. tapi sistem jahiliyah telah melatih anak2 singa menjadi kijang yg pengecut.    Apa yang kita dapat memahami dari kata-kata Dr.Abdullah Azam ini..  Sistem jahiliyah yang bagaimana yang menjadikan anak-anak singa ini  menjadi seekor kijang yang pengecut??   Tetapi pe...

Hujan Sebelum Pelangi

. . Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Pernahkah sekali kita memahami alam. " Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "   " Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? " Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam...

...muhasabah...

Salam sayang sahabat-sahabatku sekalian.. moga-moga setiap hari iman kita bertambah baik.. Ya ALLAH jadikanlah aku setiap hari...setiap hari bertambah baik... Ya ALLAH jauhkanlah aku daripada sifat berprasangka buruk... Ya ALLAH hiasilah peribadiku dengan sifat-sifat mahmudah..jauhkanlah aku daripada sifat mazmumah... Kurniakanlah aku seseorang yang aku boleh mempercayainya... .... mood : Muhasabah... Terlalu banyak ku meminta kepadaMU ya ALLAH.. Apakah diri ini..sudah memenuhi perintahmu.. Adakah aku seorang hamba yang betul-betul memenuhi kehendakMU.. Ya rabb..aku memohon..hijabkanlah aku dari perkara maksiat... semoga hari yang mendatang.. lebih baik dari hari-hari semalam... insyaALLAH.... Teguhkanlah iman hambaMU ni ya ALLAH... Doakan saya sentiasa sentiasa thabat... ~konflik~