Skip to main content

Dalam Rumah Mencari Rumah..?



 Salam mahabbah....Salam mujahadah...('',)

 Hmm ...sekarang ni dalam musim peperiksaan,demam exam katakan..huhu....
 Sem kali ni memang sibuk...banyak lagi benda yang belum settlekan..
Masa makin singkat,kerja makin bertimbun...
dan saya 100% akui tanggungjawab lebih banyak dari masa....

 Sambil-sambil membaca,menghafal tu ana nak berkongsi sikit tentang satu cerita..
tajuknya macam kat atas la...
cerita ni ana dapat time halaqoh pada setiap petang di 'amk'..he3.

Ceritanya macam ni,
dalam sebuah rumah..tinggal seorang ayah dan seorang anak lelaki..
Pada suatu hari,si ayah ni mundar mandir kehulur-hilir,
sekejap kedapur,kemudian ke bilik,then ke beranda..dan macam tu la seterusnya....
si anak ni pening dan semestinya pelik melihat gelagat ayahnya..
lalu dia pun bertanya kepada ayahnya apa yang ayahnya cari 
dan kenapa ayahnya berkelakuan begitu... 
(kalu xfaham,asif..terbelit lidah nak susun ayat..)
 hmm..ayahnya mengatakan dia mencari rumah...
si anak ni,pelik dengan jawapan ayahnya..
dan ana pasti antum semua juga pelik...
betul tak??



Dalam cerita ni terdapat satu analogi yang boleh kita buat...
ape yea?
ok..rumah tu..kita boleh ibaratkan sebagai dunia..
dan si ayah tu adalah kita,manusia..
ape yang nak dikatakan,kita sebagai manusia yang berada dalam rumah takkan mencari rumah juga..
kenapa si ayah tu tak mencari kereta ke,makanan ke..
dan macam tu juga kita yang bernama manusia..
dahlah berada didunia takkan mencari dunia juga..
ape yang patut kita cari?
tentulah bekalan untuk kehidupan kita disana,akhirat....

Kerana kematian itu satu kepastian..entah hari ini,esok,lusa pasti kita akan bertemu jua..
jadi marilah kita mempersiapkan diri kita dengan amal ibadat yang akan membela kita diakhirat nanti...

Tak kira dimana tempat kita berada..bila sampai waktu ia pasti menjemput kita...
disaat itu,adakah kita sudah bersedia..??
adakah cukup amalan kita selama ini..... 


Kehidupan adalah satu penantian yang tak pernah berakhir... 

Firman Allah s.w.t:
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
(Al-Baqarah 2:132)

fikir-fikirlah sahabat...

p/s:peringatan untuk diri ini juga....

Comments

  1. menarik,pertama kali dgr dari ustaz azhar..syukran,teruskan thabat ke jalanNya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ketika Aku Mati

Ketika aku mati Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini Jangan kau titiskan airmata Jangan kau mengeluh atau menyesal Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku Aku bukannya pergi Aku baru tiba menemui cinta yang abadi Ketika kau tinggalkan aku di kubur Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi syurga di sebaliknya Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad Sekarang saksikanlah aku bangkit Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma Ketahuilah... Ketika kuburan mendakap dirimu Saat itu jiwamu benar-benar bebas Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi, tidak menumbuhkan kehidupan baru? Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan manusia? Apa...

Remaja Harapan

Mereka, adik-adik saya di Pondok Bantan,Nakhon siThamarat Kita kena faham bahawa kita adalah harapan kepada ISLAM Hakikatnya, kita adalah PENJAGA ISLAM Sebab itu, kita kena lakukan yang terbaik dalam hidup . . . . . . . . . . . . . . . . Ungkapan ini, saya petik dalam novel Hilal Asyraf, Remaja Harapan. Tiap-tiap kali sudah saya baca, betul-betul refreshing. Dan saya amat menyukai novel ini, mengajar satu makna, bagaimana yang zero  boleh menjadi Hero.Daripada kosong kepada terulung. Masalah menghempap.Persekitaran menekan.Mereka tidak memahami.Rasa hidup tiada makna.Yea,saya pernah melalui.Untuk kembali pada yang asal,mengubati hati yang kecewa,mengambil masa. Terima kasih Allah, Dia hadiahkan buku ini. Sungguh, terubat. Alhamdulillah. . . .  . .  .  .  . .  .  .  . .  . Reflection. Cover . "Habis,kenapa nampak lemah?" "Malas," jawabnya sepatah. "Em? Takkan malas sampai makan pun sedikit, baca al-Quran pun kurang,per...

Catatan Hati : Pengembaraan ke Sempadan

Sa bai Di mai ??  Alhamdulillah moga-moga readers dalam keadaan baik dan Allah ampunkan kita atas segala dosa yang dilakukan .. amin ya rabbal alamin! Kesian blog ana ni dah bersawang, nilah akibat malas untuk memerah inisiatif agar blog ini sentiasa dihidupkan! Astaghfirullahal’azaimKalau nak bercerita tu memang banyaklah cerita yang nak dikongsikan bermula dari cuti hari tu lagi..musafir dari Selangor kmudian Kelantan dan kedah…sekarang ana di Thailand!! Ada apa dengan Thailand??? Sue,tak takut ke pergi thai tu..dah lah sekarang Negara tu tak stabil (..ade kemelut.) ..lagipun kau tu dah la perempuan tak sesuai nak pergi sana, dah lah anak tunggal perempuan .. so saya nak buat macam mana? Takkan lah disebabkan saya perempuan saya tak boleh pergi..sahabat? Saya berterima kasih pada sahabat yang ,mendoakan saya..alhamdulillah abah dan ibu memberikan restu..insyaALLAH kalau ikhlas kita buat kerja amal itu semuanya akan dipermudahkan…panjang betul intro!! 5 ...