Skip to main content

Salam Mahabbah......


Salam Satu Aqidah...

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian...ini merupakan coretan pertamaku di lakaran Qalam Serikandi Tarbawi ini....
sebagai permulaan..lakaran ini diwujudkan untuk mencatat segala yang mewarnai kehidupanku untuk menghadapi hari mendatang sama ada ia bersifat hitam atau bersiri putih sebagai seorang Hamba ALLAH,seorang Da'ie dan seorang khalifah di bumi Tuhan ini...







Lakaran ini juga merupakan wahana untuk berkongsi pengalaman dengan niat merangsang insan lain untuk turut berada di soff perjuangan di atas jalan kebaktian untuk islam tercinta adalah niat utamaku mencipta lakaran Qalam Serikandi Tarbawi..

Ana seorang insan yang dhoif dalam mengembara untuk mencari ilmu dan tarbiyyah di bumi ALLAH ini...teguran,nasihat dan kritikan kalian amatku dambakan untuk menjadikan diri ini lebih baik dari semalam..dan lebih baik dari hari ini..

Apa yang ku harapkan...Bacalah..Bacalah..lakaran ini dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...Rendahkan hati dan diri anda...Pedulikan sama ada saya yang menulis ini baik atau jahat,jahil atau ilmuwan kerana jika anda tawaduk anda bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan berilmu..tetapi juga daripada orang yang jahat dan dunggu...!!!

Apa yang menjadi prinsip saya...
    "...sampaikanlah walaupun satu ayat..."
    "..jika seseorang itu mendapat hidayah lantaran kamu maka ia lebih baik daripada apa yang disinari mentari....."~at-tabrani~

Akhir kalam...semoga apa yang tercatat di Qalam Serikandi Tarbawi ini dapat memberi manfaat kepada anda semua...iaitu insan-insan yang kucintai kerana ALLAH...dan tanpa sokongan dan bantuan ayahbondaku,usratiku yang tersayang,para murabbiku dan teman-teman yang jujur dan setia dalam perjuangan menegakkan Agama Islam tercinta...Allah jua Maha Pembalas kebaikan kalian semua...('',)..

Semoga kita semua dalam bimbingan dan rahmat Illahi....
mencari dan terus mencari cinta Illahi.....




Comments

Popular posts from this blog

Dakwah...Maaf Saya SIBUK !!

"Aku bukan tak mahu ikut halaqoh dengan kau, tapi aku sibuk. Banyak assignment dan group discussion." "Maaf ukhti, ana rasa ana tak dapat nak komitmen lagi dengan tarbiyah. Prestasi pelajaran ana merosot teruk." S I B U K SIBUK. Satu daripada 1001 macam alasan lagi yang sering diterima ketika seseorang diajak untuk ke program-program tarbiyah dan dakwah. Alasan sibuk memang terdengarnya relevan. Tetapi sungguh tidak rasional bagi mereka yang mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir. Mengapa? Semua Orang Sibuk Jika namanya manusia, apatah lagi seorang pelajar, tentulah kita sibuk. Kuliah yang perlu dihadiri, tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, dan pelbagai lagi tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa. Seorang bapa pula, jauh lebih sibuk. Mencari nafkah untuk meyara keluarga. Mendidik dan membimbing keluarga. Membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Namun yang pasti, mereka s...

Ketika Aku Mati

Ketika aku mati Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini Jangan kau titiskan airmata Jangan kau mengeluh atau menyesal Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku Aku bukannya pergi Aku baru tiba menemui cinta yang abadi Ketika kau tinggalkan aku di kubur Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi syurga di sebaliknya Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad Sekarang saksikanlah aku bangkit Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma Ketahuilah... Ketika kuburan mendakap dirimu Saat itu jiwamu benar-benar bebas Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi, tidak menumbuhkan kehidupan baru? Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan manusia? Apa...

Catatan Hati : Pengembaraan ke Sempadan

Sa bai Di mai ??  Alhamdulillah moga-moga readers dalam keadaan baik dan Allah ampunkan kita atas segala dosa yang dilakukan .. amin ya rabbal alamin! Kesian blog ana ni dah bersawang, nilah akibat malas untuk memerah inisiatif agar blog ini sentiasa dihidupkan! Astaghfirullahal’azaimKalau nak bercerita tu memang banyaklah cerita yang nak dikongsikan bermula dari cuti hari tu lagi..musafir dari Selangor kmudian Kelantan dan kedah…sekarang ana di Thailand!! Ada apa dengan Thailand??? Sue,tak takut ke pergi thai tu..dah lah sekarang Negara tu tak stabil (..ade kemelut.) ..lagipun kau tu dah la perempuan tak sesuai nak pergi sana, dah lah anak tunggal perempuan .. so saya nak buat macam mana? Takkan lah disebabkan saya perempuan saya tak boleh pergi..sahabat? Saya berterima kasih pada sahabat yang ,mendoakan saya..alhamdulillah abah dan ibu memberikan restu..insyaALLAH kalau ikhlas kita buat kerja amal itu semuanya akan dipermudahkan…panjang betul intro!! 5 ...