Skip to main content

Posts

Lihat kepada Teratai..

Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan untuk menulis di blog agar tidak menjadi sesawang yang bersawang.. Moga ALLAH berkati usaha setiap hambaNYA yang menuju jalan lurusNYA.. InsyaALLAH..andai ada masa saya akan ceritakan pemusafiran sepanjang cuti ni.. Hidup bermusafir memang indah..=) Sampai di blog pun still lagi bermusafir.. Tak salah rasanya saya kongsikan apa yang ada dengan bunga teratai kan  adik Intan Nadzirah  ? Apa yang menarik sangat tentang bunga teratai ni? Bunga teratai bukan terletak di jambangan,bukan terletak di dahan pokok,bukan juga terletak di hujung pucuk daun.tapi bunga teratai hidupnya dalam air. Susah & payah..Sesiapa yang mahu dapatkan biji benihnya perlu meranduk air untuk mendapatkannya. Siapa yang ingin melihat kecatikannya perlu mencari paya,danau,tasik,dan kolam kerana pohon teratai tidak ada di mana-mana di dataran.hanya ada dalam tempat yang penuh berselut dan berlanyau. Bunga teratai ibarat seorang mujahidah yang didi...

Put Yourself In Other

Bismillahirrahmanirrahim... Moga Allah redha setiap langkah kita..insyaALLAH! Maksud firman Allah SWT : " Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..."           (al-Hujurat : 12) Imam Fakhruddin ar-Razi menghuraikan pula dalam Tafsir ar-Razi apa yang disebut dengan sangkaan berdasarkan ayat di atas dengan berkata : " Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh-sungguh memastikan kebenarannya) dan penyelidikan yang dalam " Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah dan rahmat serta izinNya bumi beredar, mentari bersinar, bintang begermelapan, bulan bercahaya, dan manusia meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, dengan nurnya alam diterangi, manusia disuluh kebenaran. Jom kita teliti sebuah kisah ang mana Seorang lelaki dari New York diajak untu...

Eid Milad Adikku.. =)

Sanah helwah sayang! Fatin Nabilah Maliki (1 april ).. dan  Hawwa Mokhti (2 april )... Hari ini hari lahirmu.. Hari ini bertambah lagi usiamu.. Bertambah jua tanggungjawabmu.. Hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang.. Dek ujian yang akan mendatang.. Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak dan duri.. Hari ini ALLAH telah memendekkan lagi jarakmu denganNya.. Semakin berkurang tempoh beramal Semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput Semakin dekat masa amalan diperhitung dan Semakin hampir haruman firdausi dan azab jahannam Selamat Hari Lahir ke 19.. Moga dipanjangkan umor & dimurahkan rezeki Ujian itu tidak akan pergi meninggalkan kita sehingga kita mati. Kerana itu, jangan bermimpi di siang hari. Perkuatkanlah diri.                        Hidup ini adalah pengembaraan untuk pulang ke...

Aku Insan Lemah

Aku Insan Lemah.. A I L Yang sering lelah dalam nafasku sendiri... Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari... Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri... Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri Yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi Yang masih tercari-cari hidayah mu Ya Illahi.. Aku Insan Lemah Ingin aku mengadu padaMu Ya Allah Dengarkanlah rintihan lemahku ini Sujudku menghambakan diri dalam sunyi Dalam heningnya suasana malam Dalam dinginya embun pagi Agar diaminkan jutaan malaikat Agar segala pintaku Engkau berkat.. " Ya Allah , berikan aku ketenangan hati.. sepertimana yang aku harapkan sepertimana yang Engkau janjikan " Kerana Aku Insan Lemah !

Rehlah Yang Memberi Erti...

Adakah kamu tidak percaya dengan qalam Ilahi ? Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Al-Anfaal 8:63 ) Siapa yang dapat menyatukan hati-hati kita? Kalau bukan Dia , siapa lagi..ALLAH..... Alhamdulillah.. Hanya itu yang mampu ku katakan.. Hanya itu yang mampu terukir di bibir.. Semoga keredhaan dan kerahmatanNya mengiringi setiap detik dan langkah hambaNya yang dahagakan kasih sayangNYA.. Selamat dan aman sudah rancangan terakhir Majmuah 5 (mungkin ada lagi....masul ? ) Rehlah Tarbawi yang memberi seribu satu makna.. Yang mengikat hati-hati kami.. Yang memberi peluang untuk mengenali dan dikenali.. Yang mengajar erti kesabaran , erti ke"senyum"an, erti ke...

Pujuklah Hati Itu ..

Dimana Kunci nak pujuk Hati ini? Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini.     Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya.   Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran.   Kita inginkan keindahan, tetapi Allah kurniakan kebenaran.   Bukankah kesabaran dan kebenaran itu lebih berharga daripada keindahan dan kesenangan?  ~Us.Pahrol Juoi~  p/s : nak pujuk hati tu mungkin senang , tapi usaha nak memujuk tu yang agak susah , mencari m00d memujuk, di mana ia?

Fatwa Pandangan Jihad Di Syria

Ketua Kesatuan Ulamak Islam SeDunia, Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan pandangan jihad wajib ke atas setiap rakyat Syria. Beliau juga mengeluarkan fatwanya seperti berikut: 1) Jihad kewajipan setiap rakyat Syria dan tidak menjadi syarat perlu memperoleh persetujuan dari ayah dan ibu. Menjadi kewajipan umat bagi membantu mereka dengan harta dan senjata. 2) Setiap tali barut (Syabih) atau perisik atau pembantunya hukumannya adalah zalim dan perlu dibunuh. 3) Setiap tentera yang diperintah membunuh rakyat perlu berpaling tadah walau apa jua akibatnya. 4) Setiap mereka yang terkorban sama ada dibunuh, berpaling tadah dari rejim, menyertai demonstrasi atau mengiringi jenazah maka matinya adalah mati syahid dengan izin Allah. 5) Kewajipan bagi pekerja dan pegawai kerajaan agar membantu revolusi dengan maklumat. 6) Di sana, terdapat golongan Syiah 'Alawi yang dizalimi maka tidak boleh melayannya sebagai pembunuh.  7) Pasukan tentera atau keamanan y...