Skip to main content

Posts

....::::: Musl!MAh pOwER :::::....

MUSLIMAH.... WAKE UP..!!! Haiya naj'aal... MUSLIMAH VERSATILE INTELECTUAL PROFESSIONAL Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim :  "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa... Percaya atau tidak..... Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita,  walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya. Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah. Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud,:  "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita  sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." Wanita solehah itu adalah wanit...

?????

Kita macam mana pula????      Pernahkan setiap hari kita fikirkan apa sumbangan kita untuk agama kita?? Tapi sebelum tu,perlulah kita muhasabah diri kita.... Apa kekurangan diri kita yang perlu kita baiki.... Apa kelebihan kita yang boleh digunakan untuk islam... APA....APA.....dan APA......????? Pernahkah soalan-soalan ini bermain difikiran kita semua..?? SIAPA KITA? KITA HENDAK KALAH @ MENANG? ADAKAH KITA INI HENDAK TUNJUKKAN YANG KITA INI LEMAH? ADAKAH KITA INI LEMAH? SIAPAKAH YANG TERHEBAT? ADAKAH KEHIDUPAN KITA INI IBADAH? KITA HENDAK MENJADI TERBAIK UNTUK SIAPA? ADAKAH KITA HENDAK TUNJUKKAN ISLAM ITU KEPADA MASYARAKAT? cubalah kita,kamu,apatah lagi saya sendiri renungkan apa tujuan kita berada di muka bumi ILLAHI ini.... siapa lagi yang nak mengembalikan kegemilangan islam jika bukan kita,kamu dan saya sendiri..insyaALLAH yang memahami islam itu sendiri... SIAPA LAGI JIKALAU BUKAN KITA? SIAPA LAGI? Tunjukkan islam itu tinggi walau dimana saja ...

انا رمى من رماية الأسلام..." فارمى أين ما شئت"!!!

  “Pemuda ialah sebuah tenga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”    -Fathi Yakan.-                                               Dr Abdullah Azam mengatakan bahawasanya : Setiap muslim adalah singa.  singa akan melahirkan anak singa. tapi sistem jahiliyah telah melatih anak2 singa menjadi kijang yg pengecut.    Apa yang kita dapat memahami dari kata-kata Dr.Abdullah Azam ini..  Sistem jahiliyah yang bagaimana yang menjadikan anak-anak singa ini  menjadi seekor kijang yang pengecut??   Tetapi pe...

Salam Mahabbah......

Salam Satu Aqidah... Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian...ini merupakan coretan pertamaku di lakaran Qalam Serikandi Tarbawi ini.... sebagai permulaan..lakaran ini diwujudkan untuk mencatat segala yang mewarnai kehidupanku untuk menghadapi hari mendatang sama ada ia bersifat hitam atau bersiri putih sebagai seorang Hamba ALLAH,seorang Da'ie dan seorang khalifah di bumi Tuhan ini... Lakaran ini juga merupakan wahana untuk berkongsi pengalaman dengan niat merangsang insan lain untuk turut berada di soff perjuangan di atas jalan kebaktian untuk islam tercinta adalah niat utamaku mencipta lakaran Qalam Serikandi Tarbawi.. Ana seorang insan yang dhoif dalam mengembara untuk mencari ilmu dan tarbiyyah di bumi ALLAH ini...teguran,nasihat dan kritikan kalian amatku dambakan untuk menjadikan diri ini lebih baik dari semalam..dan lebih baik dari hari ini.. Apa yang ku harapkan...Bacalah..Bacalah..lakaran ini dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...Rendahkan hat...

Kalau berani, cubalah renungkan!!.

Ketika kamu dilahirkan,  kamu diazan tanpa Solat,  Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan. Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,  Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu. Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,  Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu. Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,   Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.   Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,  Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu .