Skip to main content

..::Penantian satu Penyeksaan::..



Sobahalkhair...
lama rasanya tak update blog nie.... 
harap-harap iman kita dalam keadaan yang baik..
insyaALLAH...(",)

Kali ni nak share tentang sesuatu...
fikir-fikirlah di sebalik 'qalam' ini..
tanya iman..
sape nak jawab??

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.  
Firman ALLAH s.w.t:
"..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]




Kita sentiasa memikirkan kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan..
tapi jarang sekali mengambil ibrah apa yang telah berlaku...
dan bersedia untuk menghadapi nya...

Nama lagi manusia..manusia kan sering lupa..alpa..
ni la jawapan yang sering terngiang-ngiang di telinga..
adakah 'STATMENT' ni alasannya?

Mengapa kita tidak berusaha untuk mengubahnya..?
Mengapa kita selalu memikirkan apa yang tidak pasti?
Mengapa kita tidak bersedia untuk sesuatau yang pasti?
Mengapa..?
Mengapa..?
Terlalu banyak soalan yang ditimbulkan..
untuk mengenal siapa kita...
dari mana asal kita..
dan kepada siapa kita akan kembali..

Memetik kata-kata ini untuk direnungi bersama...
"Jika manusia harus lama menanti apa yang diinginkannya, maka hilanglah kesabaran dan sempitlah dadanya. 

Ia lupa bahawa di dalam penciptaan ini Allah memiliki sunnah-sunnah yang tidak akan berubah, bahawa segala sesuatu ini mempunyai waktu yang telah ditetapkan, bahawa Allah tidak akan dapat dipengaruhi oleh ketergesa-gesaan seorang pun. 

Setiap buah memiliki batas waktu matang. Ketergesa-gesaan seseorang tidak akan dapat mematangkannya sebelum batas waktunya, sebab ia tunduk kepada sunnatullah yang mengaturnya. Tak seorang pun dapat memaksanya."
(Dr.Yusuf al-Qaradhawi, anak murid Syeikh Muhammad al-Ghazali.)
 
Firman ALLAH S.W.T:
Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.



So,sahabat semua..penantian untuk menuju ke sesuatu tempat tu amat menyeksakan...
bersedialah dengan bekalan secukupnya agar kita selamat dunia dan akhirat....
hidup didunia satu persinggahan menanam buah iman,amal dan taqwa untuk kita tuai hasilnya disana nanti..insyaALLAH
 
 
p/s:kita pasti meninggal dan ditinggalkan.....brainstorm btul ni...

Comments

Popular posts from this blog

Dakwah...Maaf Saya SIBUK !!

"Aku bukan tak mahu ikut halaqoh dengan kau, tapi aku sibuk. Banyak assignment dan group discussion." "Maaf ukhti, ana rasa ana tak dapat nak komitmen lagi dengan tarbiyah. Prestasi pelajaran ana merosot teruk." S I B U K SIBUK. Satu daripada 1001 macam alasan lagi yang sering diterima ketika seseorang diajak untuk ke program-program tarbiyah dan dakwah. Alasan sibuk memang terdengarnya relevan. Tetapi sungguh tidak rasional bagi mereka yang mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir. Mengapa? Semua Orang Sibuk Jika namanya manusia, apatah lagi seorang pelajar, tentulah kita sibuk. Kuliah yang perlu dihadiri, tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, dan pelbagai lagi tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa. Seorang bapa pula, jauh lebih sibuk. Mencari nafkah untuk meyara keluarga. Mendidik dan membimbing keluarga. Membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Namun yang pasti, mereka s...

Ketika Aku Mati

Ketika aku mati Ketika keranda jenazahku dibawa keluar Jangan pernah kau fikir aku akan merindui dunia ini Jangan kau titiskan airmata Jangan kau mengeluh atau menyesal Aku bukannya jatuh dalam jurang yang mengerikan Ketika kau melihat jenazahku diusung Jangan kau tangisi kepergianku Aku bukannya pergi Aku baru tiba menemui cinta yang abadi Ketika kau tinggalkan aku di kubur Jangan kau ucapkan selamat tinggal Ingatlah.. kuburan itu hanyalah selabuh tirai Yang melindungi syurga di sebaliknya Kau hanya melihatku diturunkan ke liang lahad Sekarang saksikanlah aku bangkit Mana mungkin ada pengakhiran saat matahari terbenam atau bulan tenggelam Kau anggap itu pengakhiran bak terbenamnya mentari Namun hakikatnya fajar yang bakal menjelma Ketahuilah... Ketika kuburan mendakap dirimu Saat itu jiwamu benar-benar bebas Apakah kau pernah melihat benih yang jatuh ke bumi, tidak menumbuhkan kehidupan baru? Mengapa kau ragu-ragu pada benih yang menumbuhkan manusia? Apa...

Catatan Hati : Pengembaraan ke Sempadan

Sa bai Di mai ??  Alhamdulillah moga-moga readers dalam keadaan baik dan Allah ampunkan kita atas segala dosa yang dilakukan .. amin ya rabbal alamin! Kesian blog ana ni dah bersawang, nilah akibat malas untuk memerah inisiatif agar blog ini sentiasa dihidupkan! Astaghfirullahal’azaimKalau nak bercerita tu memang banyaklah cerita yang nak dikongsikan bermula dari cuti hari tu lagi..musafir dari Selangor kmudian Kelantan dan kedah…sekarang ana di Thailand!! Ada apa dengan Thailand??? Sue,tak takut ke pergi thai tu..dah lah sekarang Negara tu tak stabil (..ade kemelut.) ..lagipun kau tu dah la perempuan tak sesuai nak pergi sana, dah lah anak tunggal perempuan .. so saya nak buat macam mana? Takkan lah disebabkan saya perempuan saya tak boleh pergi..sahabat? Saya berterima kasih pada sahabat yang ,mendoakan saya..alhamdulillah abah dan ibu memberikan restu..insyaALLAH kalau ikhlas kita buat kerja amal itu semuanya akan dipermudahkan…panjang betul intro!! 5 ...