Skip to main content

Rehlah Yang Memberi Erti...



Adakah kamu tidak percaya dengan qalam Ilahi ?


A063
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Siapa yang dapat menyatukan hati-hati kita?
Kalau bukan Dia , siapa lagi..ALLAH.....

Alhamdulillah..
Hanya itu yang mampu ku katakan..
Hanya itu yang mampu terukir di bibir..


Semoga keredhaan dan kerahmatanNya mengiringi setiap detik dan langkah hambaNya yang dahagakan kasih sayangNYA..


Selamat dan aman sudah rancangan terakhir Majmuah 5 (mungkin ada lagi....masul ? )
Rehlah Tarbawi yang memberi seribu satu makna..


Yang mengikat hati-hati kami..
Yang memberi peluang untuk mengenali dan dikenali..
Yang mengajar erti kesabaran , erti ke"senyum"an, erti ke"ukhuwah"an yang tersendiri..
Yang mendidik diri untuk menerima , memberi dan berlapang dada ..
Yang......Yang.....Yang.....
dan sememangnya Yang Maha Pencipta mengetahui apa yang terbaik untuk maklukNya.


Tempat itu pasti terpahat di kalbu kami..
Tempat yang menjadi sejarah silam kami..
Tempat yang meruntuhkan keegoan kami..
Tempat yang mengundang kecamukan perasaan ..
Pasti akan kembali jika DIA mengizinkan..


Bersama hembusan bayu yang dingin..
Jadikan ia sebuah cerita kita bersama..
Jadikan ia penambahan saham kita di akhirat..
Jadikan ia wasilah kesyurgaNya..
Bukan ke nerakaNya..
Sama-sama mengejar cintaNya..


Runtuhlah tembok keegoan antara kita..
Runtuhlah semangat Nafsi-Nafsi dalam diri kita..
Runtuhlah tabiat bergosip di kalangan kita..
Runtuhlah semangat menyindir dan disindir..
Runtuhlah kejahilan dalam diri kita..
Moga mampu terus istiqomah!


Tegakkanlah keimanan dalam diri..
Tegakkanlah sifat Itsar dalam jiwa..
Tegakkanlah mahmudah dalam setiap qalbu..
Agar tertegaknya Islam dalam diri..


Ketahuilah sahabat..
Ukhuwah tidak perlu diperjuangkan jika dasarnya beriman padaNya.


Sangat-sangat menghargai sahabat-sahabat ini ..
Biarpun ada pergolakan dan perbalahan antara hitam dan putih..
Sangat sakit , sangat pedih , sangat perit untuk ditelan apatah lagi diluahkan..


Terkadang  terasa ingin membuang perasaan ini..


membuangnya jauh - jauh dari hidup ini 


tapi ia tetap menerjah..seperti ombak seperti badai 

pergi dan datang...pergi dan datang..tanpa dapat menolaknya


malah bertambah kuat menghempas ...


Tapi ku yakin, pasti ada yang terbaik walaupun bukan untuk diri ini tapi ada yang terbaik untuk sahabatku!



‎"Jadilah kamu orang yang baik, orang yang baik bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi, janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri."  - Sayyidina Ali bin Abi Thalib



Allah..Allah Maha Hebat !


Untuk sahabat yang disayangi...

Jadilah seorang sahabat yang berlapang dada, bukan seorang sahabat yang hanya tahu menghukum sahaja. Jadilah seorang sahabat yang memahami bukannya yang hanya mahu difahami. Sahabat, bukanlah sahabat jika kita sentiasa bersangka buruk pada sahabat kita.



Biarkan 'IA' berbicara , kerana ku tidak 'mampu' untuk bertinta lagi..


****************************************************************
8 Mac 2012
Perjalanan menuju Kg.Tujuh , Tumpat
Hati zikir Otak fikir ^^,






9 Mac 2012 8.30 pagi
Detik yang mengubah segala-galanya..



LDK 1 (Komen - komen )
Syukran Kathir for Pengarah Program yang bertungkus lumus , Fauzi



sangat2 memberi yang terbaik



mengkaji autograf sama tak dengan komen tu..erk!
credit to Yumni yang sangat suka warna Pink..dia punya kerja ni.. ^^,

Sesi kedua : Bersama Bonda
Amanat terakhir


tekun mendengar amanat umi


keluarga bahagia..cukup 5orang anak ustazah

ni slot yang istimewa macam debat dah!
sempat lagi!


Slot ke3 : Naik Itik
Sangat-sangat penat mengayuhnya..
Tapi Dapat Tadabbur Alam
Sungguh , di air agak-agak kita dapat bergantung pada siapa?


Doakan mereka...^^,
Keluarga Bahagia

Di rumah ummi..

Ukhuwah tidak cukup dilafaz di bibir. Biarlah susah senang dirasa bersama. Ko guane?

p/s : Jaga hati , jaga ukhuwah , jaga tarbiah , jaga diri..

Comments

  1. subhanallah...kenangan ini pasti aku akn rindui...disini lah bermulanya segala-galanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma setahun kita bersama-sama dah dapat bina tautan persahabatan yg utuh. Alhamdulillah moga ikatan ini akan berpanjangan dan sentiasa dalam redha Allah.

      memorable experience forever!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hujan Sebelum Pelangi

. . Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Pernahkah sekali kita memahami alam. " Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "   " Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? " Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam

Remaja Harapan

Mereka, adik-adik saya di Pondok Bantan,Nakhon siThamarat Kita kena faham bahawa kita adalah harapan kepada ISLAM Hakikatnya, kita adalah PENJAGA ISLAM Sebab itu, kita kena lakukan yang terbaik dalam hidup . . . . . . . . . . . . . . . . Ungkapan ini, saya petik dalam novel Hilal Asyraf, Remaja Harapan. Tiap-tiap kali sudah saya baca, betul-betul refreshing. Dan saya amat menyukai novel ini, mengajar satu makna, bagaimana yang zero  boleh menjadi Hero.Daripada kosong kepada terulung. Masalah menghempap.Persekitaran menekan.Mereka tidak memahami.Rasa hidup tiada makna.Yea,saya pernah melalui.Untuk kembali pada yang asal,mengubati hati yang kecewa,mengambil masa. Terima kasih Allah, Dia hadiahkan buku ini. Sungguh, terubat. Alhamdulillah. . . .  . .  .  .  . .  .  .  . .  . Reflection. Cover . "Habis,kenapa nampak lemah?" "Malas," jawabnya sepatah. "Em? Takkan malas sampai makan pun sedikit, baca al-Quran pun kurang,pergi masjid dengan ab